Pages

Monday, August 29, 2011

Di malam raya

Alhamdulillah..

Baru sahaja Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja iaitu Datuk Syed Danial Syed Ahmad umumkan bahawa tarikh hari raya adalah esok hari! bersamaan 30hb Ogos 2011- bermula tahun ini, Datuk inilah yang akan umumkan tarikh puasa dan raya - sebelum ini yang kita dengar dari kecil ialah Tan Sri Ibrahim Engku Ngah -yang telah bersara pada Januari 2011.

gambar dari google
Bunga api dan mercun memekik pekik di sekitar kawasan. Rasa meriah sangat tapi kadang kadang rasa bingit juga. Persediaan semua dan lengkap kot. Baju raya sedang dikeringkan dibawah kipas nun haa..tak sempat kering siang tadi. Mana taknya petang baru terima dan nak basuh, hari pula mendung. Kuih raya banyak dah..malam ni along cuma buat kek. Siang tadi buat lagi dua jenis biskut - almond london dan cornflakes coklat, semalam buat biskut crunchy nestum dan mazola (rasa malas pula nak buat entry khas). Siputih dan dimandikan sendiri petang tadi, berkilat dan wangi sudah siputih itu. Juadah pagi esok selain kuih kuih raya adalah nasi impit bersama kuah kacang dan rendang. Lemang? tak buat la. Kalau tak sebelum ini setiap kali hari raya samaada aidiladha atau aidilfitri abah mesti buat lemang. Tapi sejak tahun lepas abah dah tak buat sebab abah ada tanggungjawab yang lebih penting perlu dibuat setiap kali bulan puasa. Dah tak sempat nak buat lemang. 

Esok di hari raya pertama kami sekeluarga akan berbaju biru. Setiap tahun beginilah kami, baju mesti seragam. Insyaallah dalam tengah hari kami akan bertolak pulang ke kampung mak dan abah di temerloh. Disana pastinya lagi meriah. 

Oh rasanya saya perlu kedapur membuat apa-apa yang patut.

Salam Aidilfitri 1432h,

No comments: