Pages

Saturday, September 15, 2012

Innaa Lillaahi Wainnaa Ilaihi Raaji'uun

إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ اللَّهُمَّ أْجُرْنِى فِى مُصِيبَتِى وَأَخْلِفْ لِى خَيْرًا مِنْهَا

Innaa Lillaahi Wainnaa Ilaihi Raaji'uun, Allaahumma'jurnii Fii Musiibatii Waahliflii Khairan Minha

"Sesungguhnya kita ini milik Allah dan sungguh hanya kepada-Nya kita akan kembali. Ya Allah, berilah aku pahala dalam musibahku ini dan berilah ganti yang lebih baik daripadanya."



Dalam beberapa hari ini pelbagai peristiwa buruk berlaku di sekelilingku.

6 September 2012
Dua orang pengurus Felda di tempatku meninggal dunia dalam kemalangan. Berita ini sungguh mengejutkan kami di sini. Aku baru berjumpa kedua-dua arwah sehari sebelum kejadian ketika majlis sambutan aidilfitri disini.


















Keadaan kereta yang dinaiki mangsa. Al-Fatihah buat En Abdul Rahim Mat Jabri dan En. Jalil Jamaluddin. Kehilangan arwah terutama En. Abdul Rahim sungguh terasa kerana arwah banyak membantu PJK selama ini.

Berita penuh kejadian disini.


13 September 2012
Malang menimpa sebuah keluarga berdekatan dengan rumah aku. Rumah mereka terbakar. Aku diberitahu akibat litar pintas. 


















Dari luar nampak elok, tetapi didalamnya musnah dan terbakar habis. Mujur semua penghuni rumah selamat.


14 September 2012
Pukul 6.00 pagi seseorang telah menelefon aku memberitahu seorang staff di HQ MSD meninggal dalam kemalangan malam tadi. Walaupun aku tak berapa kenal arwah, hanya pernah jumpa beberapa kali, tetapi kehilangan nya sungguh dirasa. 


















Gambar dari facebook kawan arwah. Lembu yang dilanggar pun hancur sampai terputus kepala lembu tu. Sedinya mengenangkan nasib isteri dan 3 orang anak arwah yang masih kecil. Semoga mereka diberi kekuatan menghadapi dugaan ini.


Al-Fatihah. Nasib kita, kita tak tahu bagaimana. Sentiasa bersedialah kita.




Sunday, September 2, 2012

Ini Yang Sebetulnya


Terbaca tentang ini, dan tergerak nak share di blog pula. Sumber inspirasi mungkin :p

Ini tentang sekitar Majlis Perkahwinan Ustaz Don Daniyal dan isterinya, Husna.
1. Majlis dibuat secara sederhana tetapi indah. Majlis dimulakan dengan selawat.
2. Husna memakai inai di pergelangan tangan sahaja iaitu bukan ditempat aurat, inai tidak berkekalan dan lukisan berbentuk bunga/tumbuhan tidak berbentuk haiwan atau menyerupai makhluk.
3. Make up Husna tidak tebal, Ustaz Don berkata dia berkahwin kerana diri Husna sendiri, dia tidak mahu melihat Husna menjadi orang lain dengan bermakeup tebal atau memakai bulu mata palsu.
4. Tiada inai di tiga jari Ustaz Don kerana inai di lelaki dipakai hanya untuk tujuan berubat sahaja. 
5. Selepas ijab qabul nikah Ustaz Don meminta izin kedua pihak keluarga untuk Husna bersembahyang sunat bersamanya.
6. Sebelum menyarungkan cincin di jari Husna, Ustaz Don memegang bahagian depan kepala Husna sambil menyebut nama Allah dan mendoakan keberkatan baginya.
 *Sunnah Rasulullah s.a.w. bagi pasangan yang baru berkahwin. Suami meletakkan tangan di ubun kepala isteri, dan berdoa :
 " Ya ALLAH, aku memohon kepada-Mu kebaikannya, dan kebaikan segala yang Engkau ciptakan pada dirinya. Dan aku berlindung kepada-Mu daripada keburukannya dan segala keburukan yang Engkau ciptakan pada dirinya" (Riwayat Abu Daud no.1260)
7. Tiada sesi bersanding atau merenjis, pelamin hanya untuk tempat mengambil gambar bersama family dan rakan.
8. Kesemua hantaran di kedua belah pihak berbentuk makanan. Pengantin ingin berkongsi kegembiraan dengan seluruh family ketika membuka hantaran. Tujuan ini juga adalah kerana pengantin tidak mahu hantaran al-Quran/kitab diletak sama level dengan hantaran kasut, baju dan lain-lain.

Paling tertarik yang terakhir tu. Tentang hantaran. Dari dulu diriku memang tak berkenan Al-Quran itu dijadikan hantaran, maksudnya Al-Quran itu diletakkan sekali bersama dulang-dulang hantaran yang lain. Memberi Al-Quran itu memang baik dan sangat digalakkan. Tetapi cara kita memberi dan menghantar itu yang salah, hantaran-hantaran berkenaan diletakkan dibawah, disusun depan pelamin atas lantai. Sedihnya. Al-Quran ini istimewa, kalau nak beri, beri secara peribadi dari tangan ke tangan, tidak semesti pada hari majlis itu. Sama-samalah kita menjaga kemuliaan Al-Quran itu.


Alahai indahnya majlis mereka ini. Lets turn on mood 'berangan'. hehe