Pages

Monday, December 10, 2012

Gembira terasing



Alhamdulillah.
Aku gembira mahu menjadi yang terasing ini.
Kuatlah hati!
Jangan Kau tarik kembali setelah Kau masukkan aku ke dalam golongan terasing ini.
Aku mahu terus begini. Terasing.
Aku damai begini. Terasing.
Terima kasih beriku ruang untuk aku terasing begini.

Jangan kalian cerca aku
Aku masih perlu bantu
Jangan kalian hindari aku
Aku terasing tapi bukan aku yang satu
Masih ramai walau bukan beribu.





Tuesday, November 27, 2012

Musim

Bila tiba musimnya,
Alhamdulillah rezeki mencurah-mencurah berkat berbudi kepada tanah.









Tuesday, November 20, 2012

Angan si pisang


Pisang Berangan bersama Durian Musang Raja. Pisang yang lemah lembut berangan mahu menjadi gagah perkasa seperti durian. Berangan juga ingin menjadi raja yang sentiasa digeruni dan didambakan. Walhal, pisang tidak sedar raja yang gagah perkasa lagi digeruni dan didambakan itu sebenarnya punya bau yang kuat yang tidak semua menyenanginya. Pisang tidak sedar, dia sendiri punya kekuatan yang sungguh luar biasa untuk melancarkan sistem penghadaman tatkala manusia punya masalah untuk membuang sisa kumbahan didalam badan mereka.

Maka, berhentilah berangan wahai pisang. Jika kau sudah bosan menjadi diri sendiri, cubalah ubah diri kau ke bentuk yang lebih menarik dan enak.

Tapi pastinya kau perlukan sesuatu untuk mengubah diri kau itu. Mari aku tolong..


Nah! ini yang kau perlukan wahai pisang. Kau perlu bergandingan bersama mereka-mereka ini untuk mengubah diri kau ke tahap yang lebih tinggi dan berkualiti.


Bagus sekali, beginilah. Kau perlu bersatu begini. Tapi ini belum selesai, Kau perlukan pembakar untuk membakar lagi semangat kau untuk mengubah diri kau itu agar kau tidak terus hanyut dengan dunia anganan kau itu.



Tadaaaa...jangan kau berangan lagi wahai pisang!


Monday, November 12, 2012

Masih tak berubah





Tahun 2005 timbang berat badan sebab nak derma darah, tapi tak lepas sebab berat waktu itu dalam 43kg (untuk derma darah berat mesti lebih 45kg). Sejak tu memang tak pernah timbang dah. Mungkin sebab tak risau sangat tentang berat badan (buat masa ini). Bila nak isi borang apa-apa yang tanya berat badan, aku akan letak dalam 43kg-45kg. Kelmarin, entah macammana berminat pulak nak timbang bila nampak mesin penimbang. So result nya....turun 1kg dari 7 tahun lepas! Patutla bila jumpa orang yang dah lama tak jumpa...."eh kenapa makin kurus ni"

1kg pun sungguh memberi kesan ye :p

Tapi bagi aku ini masih tidak berubah, masih berada di skala yang sama.

Saturday, October 20, 2012

Nanga Penyarai

Pengalaman menarik mengunjungi sebuah tempat pedalaman di daerah Bintulu, Sarawak. Terima kasih kepada kakak ku kerana menaja tiket penerbangan dan segala perbelanjaan sepanjang kami di Bintulu :p Kami merujuk kepada aku, mak ayahku, dan seorang adik.

Kami pergi Bintulu hari Sabtu, 6hb Oktober. Tujuan utama sebenarnya nak lihat dan jalan-jalan tempat kakak aku tu. Dia cikgu di sebuah sekolah rendah di Nanga Penyarai, Tatau. Tempat tu dikategorikan sebagai kawasan pedalaman tahap 3. Tahap 3 bermaksud yang paling 'teruk' la. Kami tiba di Bintulu malam 6hb tu, dari airport naik teksi ke bandar Bintulu, dalam setengah jam, tambang RM35.00. Kakak tak ambil kami di airport, dia hanya tunggu di hotel je. Kami tidur di hotel dulu malam tu sebelum esoknya baru bertolak ke rumah kakak. Esoknya dari bandar Bintulu kami ke Pekan Tatau naik van RM20.00 seorang. Perjalanan dalam 1 jam, jalanraya ok cuma berenjut-renjut jugaklah. Sampai di Pekan Tatau terus ke jeti. Apa entah nama jeti tu. Masa tu dah pukul 12.30tengahari. Bot ekspres akan gerak pukul 1.30tengahari. So sembahyang zohor dulu di masjid dekat jeti tu. Jamak asar sekali. Sebab perjalanan masih jauh tambahan sedang bermusafir kan.


Naik bot ekspres ni 2 jam, jenuh juga la duduk dalam tu. Lainlah kalau kerusi bot tu macam bas ekspres Mara Linear. Memang 2 jam tu tidur sajalah. Tapi..ermmm... So, duduk mengeras la atas bangku kayu panjang tu. Pemandangan sepanjang menyusur sungai tu hanyalah hutan-hutan dan rumah-rumah panjang. Banyak aku lihat rumah-rumah panjang yang dah moden, batu dan beratap cantik. Naik bot ekspres ni pun seorang RM20.00


Perjalanan dengan bot ekspres ni sampai di Kem Lana je. Bot ekspres ni akan berpatah balik ke jeti tadi sebab semakin hulu kan sungai semakin kecil. So untuk teruskan perjalanan ke Nanga Penyarai, kenalah naik bot kecik pulak. Elok je sampai di Kem Lana, hujan turun dan semakin lebat. Terpaksa kami tunggu dulu kat situ. Risau sangat masa ni, dah la tak pernah naik bot, hujan pulak tu.


Kami naik bot merah kuning tu. Satu bot kecik tu untuk kami sekeluarga naik. Masa ni hujan lagi, tapi terpaksa gerak juga sebab dah makin petang. Masa ni dah pukul 4 lebih rasanya. Cuaca semakin gelap. Kami naik bot ni diselubungi kanvas. Tak la basah sangat. Tapi sejuk! Pemandangan sekeliling pun tak dapat tengok. Sepanjang perjalanan berzikir je bawah kanvas tu. Kejap-kejap tanya kakak, jauh lagi ke? Lenguh gak la kaki duduk dalam bot tu. Tapi best! Alhamdulillah..akhirnya setelah hampir sejam sampai juga ke destinasi kami. Tambang bot ni pulak, kakak aku bayar RM150 untuk sekali perjalanan tu.

So hari pertama tak ada apa-apa aktiviti. Lepas makan malam, solat terus tidur. Penat. Walaupun kawasan ni kawasan pedalaman tahap 3, tetapi bekalan elektrik ada, semua terang benderang, tengok tv pun astro ada. Di sekolah ada dipasang parabola untuk akses internet dan talian tetap. Line telefon mudah alih tu, sebelum ni memang tak dapat langsung, cuma sejak baru-baru ni je boleh dapat. Itupun ada satu kawasan tu je, kawasan dekat padang sekolah :p Cuma bekalan air bersih tu sadis sikit, sumber air utama adalah air sungai yang dipam ke rumah. Untuk masak-masak mereka guna air hujan yang telah ditadah.


 Hari kedua, hari menjelajah kawasan sekitar dan kawasan sekolah. Di escort oleh kanak-kanak comel ini :) 


Aktiviti pelajar di waktu petang. Rumah-rumah tu la rumah cikgu-cikgu dan staff sekolah sini.



Hampir semua pelajar-pelajar sekolah ni tinggal di asrama. Bila dah petang, lepas bermain, mereka akan mandi ramai-ramai. Ha sempat tengok mereka mandi. Macam pesta air je. Mereka mandi tu air sungai yang disalurkan ke kolah tu. Itupun baru je lagi ada kolah, kalau tak sebelum ni ramai-ramai terjun sungai sama-sama. Inilah kehidupan mereka. Kebanyakan mereka ni kaum Iban, pastu ada la juga kaum apa entah lagi.



Hari ketiga pergi kawasan rumah panjang. Tak la jauh sangat dari sekolah tu. Kawasan sekolah, rumah panjang dan rumah-rumah lain di sini memang saling berhubung dengan titi-titi tu. Sebab kawasan ni kan dekat sungai, selalu banjir, dengan titi-titi ni senang la nak bergerak bila banjir.

Hari keempat, rabu, sudah keluar ke bandar Bintulu semula, sebab kakak ada kursus. So berjalan-jalan di bandar la pulak kita sebelum terbang pulang ke semenanjung hari jumaat 12hb Oktober.


Selamat tinggal Nanga Penyarai..

Monday, October 1, 2012

30th September






Seorang sahabat telah buat aku menangis terharu pada jam 12.00am 30sept. Terima kasih, kita kawan sampai syurga!

Terharu juga kepada yang rajin menaip di susur masa.

Mizah, Mijah, Kak De, Siti..itu semua aku



Kita melalui proses makin hari makin bertambah umur kita. Tidak ada siapa boleh menjangka apa akan berlaku esok hari secara tepat, kita boleh menjangka mungkin, tetapi Allah 'azza wa jalla yang menentukan kehidupan kita..





Saturday, September 15, 2012

Innaa Lillaahi Wainnaa Ilaihi Raaji'uun

إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ اللَّهُمَّ أْجُرْنِى فِى مُصِيبَتِى وَأَخْلِفْ لِى خَيْرًا مِنْهَا

Innaa Lillaahi Wainnaa Ilaihi Raaji'uun, Allaahumma'jurnii Fii Musiibatii Waahliflii Khairan Minha

"Sesungguhnya kita ini milik Allah dan sungguh hanya kepada-Nya kita akan kembali. Ya Allah, berilah aku pahala dalam musibahku ini dan berilah ganti yang lebih baik daripadanya."



Dalam beberapa hari ini pelbagai peristiwa buruk berlaku di sekelilingku.

6 September 2012
Dua orang pengurus Felda di tempatku meninggal dunia dalam kemalangan. Berita ini sungguh mengejutkan kami di sini. Aku baru berjumpa kedua-dua arwah sehari sebelum kejadian ketika majlis sambutan aidilfitri disini.


















Keadaan kereta yang dinaiki mangsa. Al-Fatihah buat En Abdul Rahim Mat Jabri dan En. Jalil Jamaluddin. Kehilangan arwah terutama En. Abdul Rahim sungguh terasa kerana arwah banyak membantu PJK selama ini.

Berita penuh kejadian disini.


13 September 2012
Malang menimpa sebuah keluarga berdekatan dengan rumah aku. Rumah mereka terbakar. Aku diberitahu akibat litar pintas. 


















Dari luar nampak elok, tetapi didalamnya musnah dan terbakar habis. Mujur semua penghuni rumah selamat.


14 September 2012
Pukul 6.00 pagi seseorang telah menelefon aku memberitahu seorang staff di HQ MSD meninggal dalam kemalangan malam tadi. Walaupun aku tak berapa kenal arwah, hanya pernah jumpa beberapa kali, tetapi kehilangan nya sungguh dirasa. 


















Gambar dari facebook kawan arwah. Lembu yang dilanggar pun hancur sampai terputus kepala lembu tu. Sedinya mengenangkan nasib isteri dan 3 orang anak arwah yang masih kecil. Semoga mereka diberi kekuatan menghadapi dugaan ini.


Al-Fatihah. Nasib kita, kita tak tahu bagaimana. Sentiasa bersedialah kita.




Sunday, September 2, 2012

Ini Yang Sebetulnya


Terbaca tentang ini, dan tergerak nak share di blog pula. Sumber inspirasi mungkin :p

Ini tentang sekitar Majlis Perkahwinan Ustaz Don Daniyal dan isterinya, Husna.
1. Majlis dibuat secara sederhana tetapi indah. Majlis dimulakan dengan selawat.
2. Husna memakai inai di pergelangan tangan sahaja iaitu bukan ditempat aurat, inai tidak berkekalan dan lukisan berbentuk bunga/tumbuhan tidak berbentuk haiwan atau menyerupai makhluk.
3. Make up Husna tidak tebal, Ustaz Don berkata dia berkahwin kerana diri Husna sendiri, dia tidak mahu melihat Husna menjadi orang lain dengan bermakeup tebal atau memakai bulu mata palsu.
4. Tiada inai di tiga jari Ustaz Don kerana inai di lelaki dipakai hanya untuk tujuan berubat sahaja. 
5. Selepas ijab qabul nikah Ustaz Don meminta izin kedua pihak keluarga untuk Husna bersembahyang sunat bersamanya.
6. Sebelum menyarungkan cincin di jari Husna, Ustaz Don memegang bahagian depan kepala Husna sambil menyebut nama Allah dan mendoakan keberkatan baginya.
 *Sunnah Rasulullah s.a.w. bagi pasangan yang baru berkahwin. Suami meletakkan tangan di ubun kepala isteri, dan berdoa :
 " Ya ALLAH, aku memohon kepada-Mu kebaikannya, dan kebaikan segala yang Engkau ciptakan pada dirinya. Dan aku berlindung kepada-Mu daripada keburukannya dan segala keburukan yang Engkau ciptakan pada dirinya" (Riwayat Abu Daud no.1260)
7. Tiada sesi bersanding atau merenjis, pelamin hanya untuk tempat mengambil gambar bersama family dan rakan.
8. Kesemua hantaran di kedua belah pihak berbentuk makanan. Pengantin ingin berkongsi kegembiraan dengan seluruh family ketika membuka hantaran. Tujuan ini juga adalah kerana pengantin tidak mahu hantaran al-Quran/kitab diletak sama level dengan hantaran kasut, baju dan lain-lain.

Paling tertarik yang terakhir tu. Tentang hantaran. Dari dulu diriku memang tak berkenan Al-Quran itu dijadikan hantaran, maksudnya Al-Quran itu diletakkan sekali bersama dulang-dulang hantaran yang lain. Memberi Al-Quran itu memang baik dan sangat digalakkan. Tetapi cara kita memberi dan menghantar itu yang salah, hantaran-hantaran berkenaan diletakkan dibawah, disusun depan pelamin atas lantai. Sedihnya. Al-Quran ini istimewa, kalau nak beri, beri secara peribadi dari tangan ke tangan, tidak semesti pada hari majlis itu. Sama-samalah kita menjaga kemuliaan Al-Quran itu.


Alahai indahnya majlis mereka ini. Lets turn on mood 'berangan'. hehe

Sunday, August 26, 2012

Buat baik berpada-pada

Dalam perjalanan balik masa pergi Cameron Highlands baru-baru ni, aku singgah dekat petronas Ringlet sebab kami nak pergi tandas. Aku sampai je dekat tandas tu, dah ada 5-6 orang beratur tunggu giliran untuk melepaskan hajat. So nak tak nak terpaksa la beratur juga. Aku dan adik aku adalah orang yang terakhir sekali beratur. Adik aku masuk tandas, tinggal aku seorang je masih setia menunggu giliran.

Tiba-tiba datang sekumpulan manusia lagi nak guna tandas. Kumpulan tu ada kot dalam 7-8 orang, dari budak kecik, remaja, dewasa, nenek semua ada, mungkin satu keluarga.  Dalam kumpulan tu ada nenek yang agak uzur, berjalan pun dipapah oleh anaknya ke cucunya entahla. Dalam hati, aku dah niat nak bagi nenek tu guna tandas dulu. Adik aku keluar je, terus nenek tu minta izin pada aku yang dia nak masuk tandas dulu. Tak tahan dah katanya. So aku pun bagila, sebab niat asal pun memang nak bagi dia dulu. Lepas nenek tu keluar, tiba-tiba muncul seorang lagi nenek, tapi tak la seuzur nenek tadi, jalan pun masih gagah lagi aku tengok. "Bagi mokcik masuk dulu la" katanya pada aku yang masih terpacak betul-betul depan pintu tandas tu. Aku pun, tanpa berkata-kata terus senyum sambil tangan didepakan ke pintu, tanda membenarkan. 'Ikhlas, ikhlas, ikhlas'..aku berkata-kata dalam hati. Elok je pintu terbuka, nenek tu keluar dan aku telah angkat kaki nak masuk tandas, tiba-tiba aku terasa macam ada orang tepuk bahu aku, "Dah tak tahan sangat ni, nak masuk dulu boleh?" Aku terkaku jap, tak tahu nak jawab apa sambil tengok muka makcik tu mengharapkan jawapan dari aku. "Maafla makcik, saya pun dah lama tunggu ni, tak tahan juga ni" jawab aku sambil buka pintu tandas. Aku melepaskan hajat dengan perasaan tidak tenang sama sekali, rasa bersalah sungguh. Argghh..kenapa waktu tu la ramai betul veteren yang nak guna tandas tu.

Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sesekali. Telah berpada-padakah aku?

Friday, August 24, 2012

Cerita Ramadan dan Syawal 1433h

Alhamdulillah..walaupun belum cukup baik seperti yang aku impikan, tetapi sekurang-kurangnya ianya lebih baik dari ramadan ku tahun-tahun yang lalu. Cuma, aku telah 'tewas' pada 3 ramadan terakhir. Hanya 3!

*****

27ramadan,
Aku sudah mula bercuti. Ambil kakak dari Bintulu di KLIA. Kemudian berbuka puasa dan tidur di Mantin di rumah ibu saudara.

28ramadan,
Mencari baju raya untuk adik di Nilai. Aku pun telah terbeli kain pasang. Uh..perempuan dan kain pasang memang tak dapat dielakkan. Sebagai perempuan berkerjaya yang ada kerja, baju kurung itu sangat penting. Kemudian misi 'shopping' terus dibawa sehingga ke Jalan TAR. Raya dan Jalan TAR entah mengapa memang tak dapat dipisahkan. Padahal tidak ada apa hendak dibeli sangat pun. Saja nak jalan-jalan sesakkan keadaan. Akhirnya terbeli juga la 3 balang kuih semprit dan beberapa helai tudung dan sampul duit raya. Sudah alang-alang kita di Jalan TAR, misi diteruskan hingga ke Sogo membawa hajat mencari seluar jeans untuk dua orang adik lelaki yang turut serta dalam misi ini. Tetapi akhirnya keluar dari Sogo dengan tangan kosong membawa penat dan lelah mengharungi lautan manusia kerana dalam banyak-banyak seluar jeans yang ada dalam Sogo itu, tidak ada satu pun yang berkenan dihati oleh dua orang adik lelaki aku itu.

29ramadan,
Mengemas rumah yang masih dalam constructions. Misi membuat kuih raya. Berjaya siapkan sejenis biskut sahaja

30ramadan,
Misi membuat kuih raya diteruskan. Berjaya siapkan 3 jenis lagi biskut raya. Malam terakhir ini, tiba-tiba kawasan sini menjadi seperti medan peperangan. Bunyi mercun, meriam buluh dan entah apa lagi yang memingitkan telah menenggelamkan alunan takbir raya di masjid. Hati sayu, ramadan telah tinggalkan kita. Ya Allah, pertemukanlah lagi aku dengan ramadan akan datang agar aku dapat lakukan lebih baik dari apa yang aku lakukan tahun ini.

1syawal,
Sedihnya, aku seorang je dalam rumah ini yang tak dapat pergi masjid bersembahyang raya :( Entah kenapa, aku tak berapa excited sangat nak beraya. Semuanya sederhana sahaja.  Lagipun 3 orang adik beradik aku yang lain tak dapat beraya sekali kerana kerja. Lepas zohor kami semua bertolak balik kampung di Temerloh. Dalam perjalanan, aku telah melanggar 2 ekor anak ayam yang sedang melintas jalan. Sungguh aku tak sengaja! ampunkan aku! 

2syawal,
Hari untuk menziarahi suadara mara!

3syawal,
Tak kemana-mana. Tetapi tengahhari tu budak-budak (sepupu-sepupu) ajak berjalan-jalan. Aku bawa mereka pusing-pusing bandar tapi tak berani nak singgah mana-mana. Seorang dewasa bersama 6 orang kanak-kanak berumur 3-7 tahun. Memang taklah! Tak pasal-pasal hilang anak orang. Habis pusing bandar, balik. Aku park kereta tengah panas (sebab dah tak ada tempat teduh). Aku naik ke rumah sambil lenggang-lenggang. Aku kedapur nak makan. Tiba-tiba aku dengar ada orang jerit. "Kak de (akula)!!! Auni tertinggal dalam kereta!". Pantas aku cari kunci kereta. Auni keluar dari kereta sambil menangis dan badanya berpeluh-peluh. Ya Allah, bersalahnya aku! maafkan aku! Aku rasa dalam 15minit jugalah si Auni 'terperangkap' dalam kereta tu. Sungguh aku tak tahu masih ada yang tertinggal dalam kereta tu :( Petang selepas zohor, pulang ke rumah (Raub)

4syawal,
Masa untuk beraya bersama kawan-kawan!


















Disebabkan ramai, tiap kali pergi rumah orang mesti ada yang kena bersila atas lantai. Pada hari itu aku telah menjadi 'bahan' untuk menceriakan keadaan. Tak apa, aku tak kisah. Nama pun kawan-kawan kan. LOL :p

5syawal,
Pergi Cameron Highlands bersama kakak dan adik-adik! Ramai juga orang kat sana, tapi tak lah sesak sangat. Masa nak keluar rumah pagi tu, kami semua terbau bangkai binatang. Busuk. Puas cari tapi tak jumpa mana datangnya bau itu. Akhirnya adik aku perasan ada something dekat bawah bumper kereta myvi. Rupanya anak ayam yang aku TERlanggar masa raya pertama haritu terlekat kat situ :p

6syawal,
Dah mula bekerja!

9syawal,
Insyaallah akan mula berpuasa 6. Mari sama-sama merebut ganjarannya sementara kita masih diberi peluang.

****

"Hampir seminggu berlalu terjawabkah doa Ramadanku? Jawapannya Allah sembunyikan dlm perbuatan pilihanku sendiri. Hidup ujian membuat pilihan" - di petik dari twitter saifulislam

Wednesday, August 8, 2012

Pictorial Edition #1




























CBC AM Training [east cost site's]
15 - 18th July 2012
Suria Cherating Beach Resort, Cherating

*All pictures are taken from facebook album my friends.

Tuesday, August 7, 2012

Sayangi duit anda

Senarai tempat pemasangan kamera perangkap had laju

Berikut diberikan lokasi-lokasi pemasangan sistem baru perangkap hadlaju yang telah dipasang oleh pihak PDRM:

 PLUS Arah Utara
■Under a bridge at about 456km, Sg Buloh junction.
■Under a bridge at about 459km, Bukit Lanjan interchange.
■Under the overhead restaurant at Sg Buloh.
■Under the last bridge before Sg Besi toll at 309.2km.
■Under the bridge at 296.5km, Bangi junction.
■Under the newly constructed bridge at 289.0km, after Nilai North junction.
■Under the bridge at 286.5km, Nilai North junction.

PLUS Arah Selatan
■Below signboard at about 454.6km and 455.2km, Sg Buloh layby.
■Under the bridge after Subang junction at 11.3km.
■Under the bridge at 22km, Bukit Lanjan junction.
■Under the bridge before Mint hotel, Sg Besi Toll. 80km/h only!
■Under the bridge at 302.8km, Kajang junction.
■About 1km south of Bangi junction, both south and north bound outer lanes
■At 296.5km and 297km, Bangi junction.
■Under the newly constructed bridge at 289.0km, before Nilai North junction.
■At 285.5km and 285.8km, Nilai North junction.
■On center divider at 251.8km and 253km after Senawang junction.
■After Alor Gajah junction at 213.9km, next to water theme park.
■Behind the right hand crash barrier at 198.4km.

Lebuhraya Elite Hubungan Timur Tengah/Utara
■On left hand side at 4.8km after Batu Tiga/Shah Alam exit
■Under the overhead restaurant at USJ/Hicom junction about 8.5km. 90km/h zone!
■Below the bridge before USJ/Hicom junction at 10.5km.

Lebuhraya Elite Hubungan Barat Tengah/Selatan
■Under the overhead restaurant at USJ/Hicom junction about 8.5km. 90km/h zone!
■Below the bridge before USJ/Hicom junction at 10.5km.
■After exit from KLIA toll to the airport, below Jalan Pekeliling flyover.90km/h

NKVE Arah Timur/Utara
■300m before Jalan Duta toll, 60km/h!
■Behind crash barrier on the left when going towards Jalan Duta toll, at 24.9km, 80km/h!
■Below bridge at Damansara Junction, 17.5km

NKVE Arah Barat/Selatan
■Behind crash barrier on the left when leaving Jalan Duta toll from KL, at 25.3km and 25.7km, 80km/h!
■From Jln Duta, below the bridge, 23km, 80km/h zone!
■From Jln Duta, at the underpass at Sg Buloh Y-junction, 22km.
■Behind crash barrier at Damansara Junction, 17.7km and 16.8km
■Below railway bridge at 11.2km
■Under the bridge at Shah Alam junction.

Lebuhraya Kesas Timur
■Under the bridge at 44.8km, downhill run after Puchong junction.
■Kesas West Bound
■At Sg Besi side of East Bound Toll. Kuala LumpurCity
■Jalan Duta; below the flyover at the Damansara junction, 70km/h zone.
Lebuhraya Kesa – Klang
■Dual carriageway between Klang and Port Klang. Towards Klang direction, at about 13km mile stone. 70km/h only!

Leburaya Pantai Timur
■East bound, downhill run after Raub junction.
■Maran, 60km/h zone.
■Paya Bungor, 70km/h zone.

Kawasan Negeri Johor Arah Selatan
■Tangkak junction.
■Under the bridge after Yong Peng
■North junction at 97.3km.
■Ayer Hitam junction.
■Sedenak junction.

Jalanraya Sekitar Utara Malaysia – Arah Utara
■Around Ayer Hitam in 60km/h zone.
■Before Perwaja Steel.
■Sg Petani junction.
■Between Seberang Jaya junction and Sg Dua Toll.
■Penang Bridge at island end.Speed limit 80km/h.

Jalanraya Sekitar Utara Malaysia – Arah Selatan
■Penang Bridge Island end. Speed limit 80km/h.
■About 2km before Juru Toll Speed limit 90km/h.

Kawasan Perak Jalanraya Arah Utara
■Under the bridge at 197.1km and 198.8km, afterKamunting Junction.
■Under the bridge at 204.3km, after KamuntingJunction.
■Under the bridge at 208km, before Kamunting Junction.
■Under the bridge at 214.8km, before Kamuntingjunction.
■Ipoh Vista Point at about 263km. Speed limit 80km/h.
■Under the bridge at 271km, Ipoh North Junction.
■Under the bridge at 274.4km, Ipoh South Junction.
■Under the bridge at 286.9km, Simpang Pulai Junction.
■Under the bridge at 296km, Gopeng Junction.
■Under the bridge at 352.6km, after Sungkai Junction.
■Under the bridge at 353km, Sungkai Junction.
■Under the bridge at 373km, Slim River Junction.

Kawasan Perak Arah Selatan
■Under the bridge at 199km, before Kamunting junction.
■Under the bridge at 241.9km, at Kalau Kangsarjunction.
■Under the sign post at 296.1km, before GopengJunction.
■Under the bridge at 297km, at Gopeng Junction.
■Under the bridge at 300km, after Gopeng junction.
■Under the bridge at 308.6km, after Gopeng junction.
■Under the bridge at 372.6km, at SlimRiverjunction


Di copypaste dari facebook. Untuk peringatan bersama.

*Sayangi duit dan NYAWA anda :p

Monday, July 2, 2012

Oh main kasar ye..

Tiba-tiba ada yang menyoal pada aku...Are you human? amboi kemain kasar soalan anda itu tahu tak?

Puncanya aku tersalah masukkan alamat emel je.




Siap nak semak-semak bagai.

Mungkin Jin atau Alien pun pernah main Twitter kot.


Sunday, May 13, 2012

Nota hari ini





Marilah kita kenangkan dosa kita kepada orang tua kita. Siapa tahu hidup kita dirundung nestapa kerana kederhakaan kita. Kerana kita menghisap darahnya, tenaganya, airmatanya, keringatnya.

Istighfarlah, Istighfarlah..

Barangsiapa yang matanya pernah sinis melihat orang tuanya. Atau kata-katanya sering mengguris hatinya, atau yang jarang memperdulikan dan mendoakannya. Percayalah bahawa anak yang derhaka siksanya didahulukan didunia ini.

Abah, Mak ampunkanlah dosa-dosa anakmu ini…


Thursday, May 10, 2012

Number One For Me




" You know you are the number one for me
There's no one in this world that can take your place
I'm sorry for ever taking you for granted
I will use every chance I get
To make you smile, whenever I'm around you
Now I will try to love you like you love me
Only God knows how much you mean to me "

10th May 2012
Happy 55th Birthday, Mak

“YA Allah, ampunilah aku dan ampunilah kedua-dua ibu bapaku dan cucurilah rahmat kepada mereka sebagaimana mereka mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku ketika kecil.”


Tuesday, May 1, 2012

Diari 3 Hari

Selasa 1 mei,
Selamat bercuti kepada buruh-buruh pekerja-pekerja di Malaysia. Untunglah jatuh hari selasa kerana saya akan terus bercuti sehingga khamis. Jumaat kerja. Sabtu ahad isnin cuti semula. Selasa kerja. Rabu khamis cuti semula. I love May very much :p Tapi hari ini hanya duduk diam di rumah. Planning nak pergi Cameron tak jadi sebab malas nak bersesak di sana. Kesihatan pun kurang mengizinkan :(

Isnin 30 april,
Salam Takziah buat family Jasma atas pemergian ayah tercinta. Tengah kerja, Ayu telefon bagitahu ayah Jasma meninggal. Terkedu sangat. Hari sebelum tu baru jumpa arwah dekat kenduri kahwin, arwah main kompang. Nampak sihat. Arwah mati mengejut, tiba-tiba sesak nafas. Kuasa Allah tiada siapa dapat menghalang. Untuk kita yang masih hidup, ambil iktibar..hari ini kita sihat walaufiat, esok lusa belum tentu kita masih seperti ini. Habis kerja, bergegas balik rumah mandi dan pakai jubah, terus ambil Ayu untuk ke rumah Jasma. Ramai sangat orang. Mak jasma, Jasma sendiri, dan adik bongsu dia nampak tabah sangat. Tapi hati mereka, hanya mereka yang tahu. Alfatihah untuk arwah Pak cik Mat.

Ahad 29 april,
Pergi kerja berbaju kurung (biasanya hari sabtu dan ahad pakai seluar) sebab tengahari tu dah janji dengan Ayu nak pergi kenduri kahwin. Pukul 12 lebih dah keluar terus pergi rumah Ayu. Kemudian pergi kenduri kahwin sekali dengan adik ayu, adik ipar dan anak buahnya. Lama juga di rumah kenduri kahwin tu, pangantin lelaki lambat sampai. Pukul 2 baru kami gerak balik. Cuaca panas sangat waktu ni, dalam perjalanan balik tu, tiba-tiba adik Ayu ajak pergi mandi sungai. Saya cakap saya tak boleh ikut, sebab saya kerja. Mereka pujuk-pujuk juga ajak. Saya telefon Ana, saya nak ambil halfday, lagipun saya ada 'hutang' cuti halfday untuk hari khamis lepas. So kami balik rumah, tukar baju, siap-siap. Pukul 3 gerak, kami pergi bandar dulu sebab mereka nak beli barang, kami beli makanan sekali untuk berkelah. Pukul 4 lebih baru sampai kat Lata Lembik tu, orang pun tak ramai sangat dah. Ramai dah nak balik. So kami sangat enjoy mandi tanpa ramai orang walaupun tak puas sebab hari dah petang sangat. 


Ini si budak kecik Rayyan paling happy sangat dapat mandi sungai. 1st time dia mandi-mandi macam ni. Geram sangat tengok dia. Kita dah sejuk-sejuk, dia rileks je.


Ini budak dua orang ini memang happy sebab boleh ambil-ambil gambar :p




Sekian sudah diari 3 hari saya :p

Wasalam,

Tuesday, April 24, 2012

Jalur Gemilang

Kejadian berlaku di sebuah gerai nasi lemak sedap 50sen.
Kuih-kuih seringgit 4 biji.
Waktu kejadian di pagi yang hening.
Sebelum pergi kerja singgah cari kuih.

Tiba-tiba ada seseorang tegur

Orang tu : "Eh kerja kat jalur gemilang kan"
Aku : diam (sebab tak faham lagi apa dia cakap)
Orang tu : "Patutnya kat kereta pun kena letak bendera, barulah sesuai kerja kat jalur gemilang"
Aku : "Eh... (terdiam jap) Jalur lebar la! bukan jalur gemilang bendera tu.
Orang tu : Ha... (sambil tahan malu dan gelak)
Aku : Masuk kereta terus gelak..haha




Ini Jalur Gemilang




Ini Jalur Lebar


Monday, April 9, 2012

Orang Kahwin

Mulanya bila ada kawan ajak untuk attend kenduri kahwin salah seorang geng PJK - hari sabtu kelmarin, dalam hati malasnya la..tempatnya di Maran, jauh jugalah (kata hati orang yang tak biasa LAGI bawa kereta jauh-jauh..) Tapi last-last bila diorang cakap big bos pun nak join juga and ramai juga geng PJK akan pergi, terus bersemangat. Bukan senang rasanya nak jumpa big bos attend kenduri kahwin anak buah dia ni lagipun dapat jumpa geng PJK yang lain. Geng dari Raub berjanji jumpa di Tol Karak pukul 11 pagi. So kami dari Tersang bertolak dalam pukul 9 lebih, naik satu kereta sahaja sebab empat orang je yang dapat pergi. Walaupun salah masuk jalan masa dekat highway (haha) tapi kami dulu sampai dekat Tol Karak tu, walaupun waktu tu belum pukul 11 lagi (eh berapa banyak walaupun ni?). Kemudian nampak big bos sampai tapi dia tak datang dekat kereta kami, kereta baru dia tak cam katanya :p Bila shima dan husband dia sampai, kami semua borak-borak dulu di bawah terik matahari sementara tunggu sebuah lagi kereta, leen dan tunangnya. So bila semua dah ada bergeraklah kami ke destinasi utama.

Lets the race start.hehe

Kami tak terus ke tempat kenduri tu, kami singgah dulu di PJK Rantau Perintis. Kali pertama sampai situ dan jumpa geng-geng dari Maran ni. Kemudian barulah kami gerak ke tempat kenduri. Sampai je tengok dah ramai rupanya geng-geng dari PJK lain, dari Jengka, Temerloh, Jerantut, Bentong. Meriah sungguh bila dapat berkumpul dan jumpa macam ni, selama ni kenal dalam group FB je :p Majlisnya sungguh meriah, makanan sedap-sedap plak tu.

Acara wajib haruslah acara bergambar kan [gambar cilok dari group FB geng PJK]

Versi sopan :p 

Versi bebas :p

Tak sangka ramai yang datang. Ni pun hanya sebahagian sahaja geng PJK Pahang. Tapi apapun you all memang happening. Bertuah plak rasanya dapat kerja PJK ni :p

Apapun tahniah Bob dan Isteri. Semoga berbahagia hingga ke syurga. Cantik sangat dengan baju pengantin kuning tu.

Eh belum ucap terima kasih pada big bos sebab tolong bayarkan tol :p Kereta kami betul-betul belakang kereta big bos masa dekat tol tu. Sampai-sampai je dekat brother nak bayar tol masa nak pergi tu, bagi kad, nak hulur duit brother tu cakap "tak payah, dah bayar". Terus ku tersenyum lebar. Masa balik bayar sendiri sebab kami dah berpecah.haha :p


Semalam pun pergi kenduri orang kahwin - rakan sebaya. Tapi dekat sini je. Yang tu memang pergi untuk makan dan memenuhi undangan jela.hehe :p

Friday, March 30, 2012

7 Petala Cinta

Diantara 7 Petala Langit dan 7 Petala Bumi, ada 7 Petala Cinta


"Wahai Engkau yang telah melumpuhkan hatiku, Tiada yang lebih baik daripada pilihan Tuhan, Mungkin kebaikan itu bukan pada yang terpilih, Tetapi pada jalan yang Kau Pilih" 


Tonton 7 Petala Cinta disini

Thursday, March 29, 2012

Terukir di bintang

Ku buka. Niat hati hendak mencoret berpatah kata. Ku lihat di ruangan putih dengan pandangan kosong. Walau jari mula mahu menekan-nekan papan kekunci, namu masih tiada arahan dari otak. Otak gagal memberi arahan, tiada arahan maka tiada tindakan yang akan dibuat. Masih kaku. Akhirnya tangan kanan mencapai tetikus. Butang 'close' dipilih. Ku keluar tanpa meninggalkan apa-apa. Beginilah selalu. Akhirnya berbulan tanpa perubahan. 

Bukan tiada cerita. Kerana terlalu banyak cerita, tidak tahu hendak mulakan dari mana. Malahan masih keliru, adakah perlu atau tidak bercerita disini. Perlu ke? akhirnya ambil jalan mudah..tak perlu cerita apa-apa. Begitulah..akhirnya sepi lah jadinya tanpa cerita.

Kehidupan berjalan seperti biasa, pada fizikalnya tidak ada apa-apa perubahan besar. Tapi mungkin batinnya, terlalu banyak perubahan. Ahhh..terlalu payah hendak ditulis tentang ini. Tentang hati dan perasaan. Biarlah antara aku dan Dia saja yang tahu.


Eh tiba-tiba rasa macam entri ini ada lagu latarbelakang, lagu Yuna sayup-sayup bermain sendiri.

Nah saksikan dan dengarkan Terukir Di Bintang



*Cuba membayangkan macamana nak mengukir di bintang tu ye...


Tuesday, February 7, 2012

Dari R ke CH

Salam,

Saja buat tajuk dari R ke CH - dari Raub ke Cameron Highlands [huhu]. Masa public holiday 5hb baru-baru ni, sajalah ajak kawan-kawan berjalan-jalan ke Cameron Highlands. Kami gerak pukul 9 pagi, lewat skit dari rancangan asal. Sampai sana dalam pukul 10.30 pagi. Kami ke Ringlet dulu, rumah adik Ayu - Duan dan wife dia Ila - yang juga merangkap pemandu pelancong kami. Sebelum naik ke Tanah Rata, makan dulu dekat kedai dekat Ringlet ni.


Seperti dijangka, jalan jam! Saya dalam kereta myvi putih tu. Gambar ni kereta belakang kami [Imah] yang snap.

Destinasi pertama kami sudah tentulah Ladang Teh. Semua tempat pun sesak dengan orang. Dalam panas-panas waktu tengahari tu kami masuk Ladang Teh. Walaupun matahari panas tapi cuaca sejuk dan berangin je.


Mereka - semua ada kecuali si penangkap gambar.


Kami - tak sah la kalau ke CH kalau tak bergambar di Ladang Teh. Tapi kami tak turun bawah pun.


Kau dan Aku - dua orang ni memang tak sah kalau tak ambil gambar berdua

Kemudian misi diteruskan mencari tempat untuk makan kek. 4hb hari tu ulangtahun pertama perkahwinan Duan & Ila. So kami pun celebrate la ala-ala kadar.


Selamat ulangtahun pertama perkahwinan Duan & Ila! Semoga kekal bahagia ke akhir hayat, dipermurahkan rezeki dan semoga Rayyan dapat ramai lagi adik...:p



Macam biasalah acara bergambar. Ni dekat kawasan kami makan kek tulah.

Destinasi seterusnya adalah makan! eh tadi makan kek je, ni nak makan nasi la plak. Sebelum tu kena lah pergi masjid, zohor dulu. Kami pergi masjid dekat padang. Masjid tu atas bukit, risau betul nak parking kereta kat luar kawasan masjid tu. Semuanya mencerun. Kemudian, sebab dekat kedai makan tu memang tak ada parking kosong, kereta banyak, kami pun menapak la menyeberang padang bola tu nak pergi makan. Tiba-tiba nampak Duan dengan berbungkus-bungkus nasi dan air. Rupanya dia dah siap tapaukan untuk kami semua. Nak makan dekat kedai tu memang tak dapat lah. Penuh. Best gak makan berkelah tepi sungai dekat taman tu.


Kusyuk makan. Sebenarnya saya tak lah lapar sangat time ni. Mula-mula nak kongsi je, tapi dah Duan beli cukup-cukup 10 bungkus siap ada extra untuk siapa-siapa nak tambah. Makan jelah kan. Alhamdulillah..kenyang. Depan kami ni ada sungai. Belakang tu taman apa entah yang ada replika sayur-sayuran tu. Ingat nak pergi situ ambil gambar, tapi sebab matahari sedang memanah panas, semua tak nak. Lepas semua dah kenyang, pemandu pelancong bawa kami ke kebun strawbery. Tapi lupa lah apa nama tempat tu. Tapi yang tempat strawbery ni memang saya tak pernah masuk lagi. Sebelum-sebelum ni datang CH pergi tempat lain.



Tak petik sendiri pun, beli yang dah siap bungkus je. Lagipun kat kebun tu tak ada buah sangat. Yang kami beli tu buah dari kebun lain dia hantar kat kedai kakak ni.

Then, kami terus ke Brinchang nak pergi tapak pasar tu. Membeli belah sayur-sayuran lah plak. Jauh gila kami parking kereta dari pasar tu. So berexercise la kami menapak nak ke pasar tu. Sebab tu kami malas nak pergi atas lagi. Kereta bersusun padat. Kalau nak pergi juga, entah pukul berapa dapat sampai.


Memang heaven tengok sayuran segar-segar dan murah-murah ni. Waktu ni Ayu kemain banyak snap gambar saya tengah beli sayur. Semua dia dah upload kat FB. Dah pukul 5 lebih kami pun dah tak ada nak kemana [sebenarnya dah tak boleh nak kemana-kemana, jalan semua jam] kami bergerak nak turun semula ke Ringlet. Tapi kami singgah dekat kawasan dam. Sebab nak beli jagung. Jagung pun benda wajib beli kalau datang CH. Sebab jagung dekat sini tak sama dengan jagung tempat lain. Jagung CH manis dan gebu-gebu. Pastu lepak lepak sekejap dekat kawasan dam tu.




Ok dah puas bergelak-gelak dan snap gambar kat sini, terus turun ke Ringlet semula. Lepas masak-masak makan malam sembahyang mandi rehat-rehat dekat ruamah Duan & Ila, baru kami turun balik Raub. Dekat pukul 11 malam gak la sampai rumah hari tu. Penat tapi seronok dapat jalan-jalan dengan mereka-mereka ni.

Ok, tu je :p

Wasalam,