Pages

Tuesday, November 20, 2012

Angan si pisang


Pisang Berangan bersama Durian Musang Raja. Pisang yang lemah lembut berangan mahu menjadi gagah perkasa seperti durian. Berangan juga ingin menjadi raja yang sentiasa digeruni dan didambakan. Walhal, pisang tidak sedar raja yang gagah perkasa lagi digeruni dan didambakan itu sebenarnya punya bau yang kuat yang tidak semua menyenanginya. Pisang tidak sedar, dia sendiri punya kekuatan yang sungguh luar biasa untuk melancarkan sistem penghadaman tatkala manusia punya masalah untuk membuang sisa kumbahan didalam badan mereka.

Maka, berhentilah berangan wahai pisang. Jika kau sudah bosan menjadi diri sendiri, cubalah ubah diri kau ke bentuk yang lebih menarik dan enak.

Tapi pastinya kau perlukan sesuatu untuk mengubah diri kau itu. Mari aku tolong..


Nah! ini yang kau perlukan wahai pisang. Kau perlu bergandingan bersama mereka-mereka ini untuk mengubah diri kau ke tahap yang lebih tinggi dan berkualiti.


Bagus sekali, beginilah. Kau perlu bersatu begini. Tapi ini belum selesai, Kau perlukan pembakar untuk membakar lagi semangat kau untuk mengubah diri kau itu agar kau tidak terus hanyut dengan dunia anganan kau itu.



Tadaaaa...jangan kau berangan lagi wahai pisang!


1 comment:

Nurlailah said...

Nasib la pisang...begini rupanya pengakhiran mu pisang...:)