Pages

Friday, September 30, 2011

30 September

30 September..

Mungkin pada kamu hanyalah sebuah tarikh biasa. Tapi bagi saya ianya adalah luar biasa. Luar biasa yang memang diluar dari biasa.

Alhamdulillah..
Segala puji bagi Mu ya Allah. Engkau yang telah panjangkan umurku sehingga ke saat ini. Engkau kekalkan aku dalam nikmat Islam. Mudah mudahan peluang yang masih engkau berikan ini dapat aku manfaatkan dalam mempertingkankan amalan ibadah kepada Mu.

Terima kasih..
Mak ayah..kerana mereka aku wujud. Kerana mereka aku 'sempurna' 
Kakak abang dan adik adik..kerana mereka hidup ini 'lengkap'
Cikgu-cikgu..kerana mereka aku 'cemerlang'
Kawan-kawan..kerana mereka hidup ini 'berwarna-warni'


Sebagaimana kelahiran telah dilalui dan tak dapat diulang, kematian ada di hadapan kita dan tak dapat diabaikan. Bertambah usia, bererti berkurang jangka hidup di dunia.

“Ajarlah kami menghitung hari-hari kami sedemikian, hingga kami beroleh hati yang bijaksana.”
Mazmur 90:12

Monday, September 26, 2011

Alhamdulillah

Ditanya kepadaku, "Apa khabar?"
Maka ku jawab, "Alhamdulillah"
Maka mereka menyangkakan ku sedang dalam kegembiraan.

Mereka lupa bahawa kita bersyukur kepada Allah dalam gembira dan musibah.

Alhamdulillah ketika kita bersedih.
Alhamdulillah ketika kita disempitkan oleh dunia.
Alhamdulillah ketika kita ceria.
Alhamdulillah ketika kita sakit.
Alhamdulillah ketika kita redha dengan ketetapan Ilahi.
Alhamdulillah ketika kita selesa.

Alhamdulillah dalam setiap keadaan.




Sumber : Facebook Syahirul.com



Alhamdulillah..syukur pada Mu ya Allah ke atas segalanya.

Friday, September 23, 2011

What i did today?

Tajuk saja bahasa orang putih atau bab kata majalah Ujang - omputih..tapi entry tetap bahasa ibunda..kahkah

Hari ini 23hb September 2011 bersamaan 25 Syawal 1432h :

: Happy 13rd birthday my adik bongsu! - kamu dah besar sekarang, jadilah anak yang dibanggakan oleh abah, mak, abang-abang dan kakak-kakakmu. Dan yang paling penting jadilah hamba Allah yang sentiasa mentaati-Nya. Tadi dah beli kek, tapi malam ni semua orang macam penat je. Esok jelah kita potong kek tu ye adik. Tu kira kek untuk kita berdua la ye. Alang-alang kakakmu ini punya birthday lagi 7 hari je lagi.

: Selamat berhari raya kembali kepada diri sendiri. Habis juga akhirnya setelah berskip-skip. Alhamdulillah.. hutang pun turut dibayar sekali :)

: Pagi-pagi pergi kerja sibuk dengan sistem baru. Tugas dah siap beberapa hari lalu. Cuma belum sempat masukkan data dalam sistem sahaja. Dan hari ini site kami sudah tersenarai dalam carta. Yeahh! cuma ada lagi ni beberapa data belum sempat nak masukkan. Tunggulah esok lusa..

: Pagi tadi juga kami adakan post mortem untuk fasa tugas yang sudah selesai dilakukan. Everthing ok! good job my friends..Tapi tugas kita masih belum selesai. Esok lusa tulat dan selepas tulat masih ada. Kemudian bolehlah berehat tiga hari dan bersambung kembali..dan tugas lagi dan lagi..

: Petang tadi macam biasa untuk tugas kita esok lusa tulat dan selepas tulat kita perlu keluar mencari sesuatu. 5 jam kita mencari sesuatu itu. Penat tetapi berbaloi! 

: Dan malam ini, sebelum saya menulis disini ini...study sikit untuk persiapan untuk tugas fasa seterusnya. Perghh..kerja memprint screen saja tadi. Semoga tercapai lah matlamat untuk esok lusa tulat dan selepas tulat dan seterusnya ini.

-Ececeh..macam misteri je tugas tu kan padahal tak ada apa pun sangat..

: 1 lagi..petang tadi masuk kedai rm2, belek-belek barang kemudian pelik kenapa semua barang tak ada tanda harga. Nak beli tapi takut-takut sebab tak tahu harga. Kemudian tanya pembantu kedai tu, ni berapa? sambil tunjuk barang, dia jawab rm2. Kemudian tanya lagi, yang ni pula berapa? dia jawab rm2. Kahkah..dah nama kedai pun rm2..semua barang pun rm2 lah!

Ok tu je..nak sambung study..

Wasalam,

Wednesday, September 21, 2011

Rasulullah Menangis di Padang Mahsyar



by Nazrey Johani


Selawat ke atas nabi Muhammad S.A.W.
Sayangilah Baginda Rasulullah...
Cintailah Baginda Rasulullah...
Kerana
Rasulullah tersangat sayangkan umatnya...
Sayang Rasulullah kepada kita hinggalah tibanya hari kiamat...
Semoga...
Kita semua beroleh syafaat Rasulullah SAW..

Sollu 'ala Nabi...



*Mula-mula nampak ilmi-islam.com post di FB, dengar sekali hati ini begitu tersentuh lalu dimainkan berulang-ulang kali tanpa jemu. Saya dah jatuh cinta..

Tuesday, September 20, 2011

Rukun Islam ke-5

Insyaallah..mak dan abah akan mengunjungi rumah Allah pada tahun ini, menunaikan Rukun Islam ke-5. Tetapi jadual penerbangan masih belum diketahui. Sekarang mereka sedang sibuk membuat pelbagai persiapan. Dan tentulah saya juga turut serta sibuk untuk membawa mereka ke sana sini untuk uruskan itu dan ini. Waktu saya cuti ada sahaja tempat nak kena pergi dan perkara perlu diuruskan. Kadang-kadang waktu cuti saya terpaksa di adjust mengikut tuntutan keperluan mereka. Terpancar kegembiraan dan keterujaan mereka. 

Syukur pada Mu ya Allah kerana memberi mereka kesempatan ini...Kau permudahkanlah segalan urusan mereka, berikan mereka kesihatan yang baik dan Kau lindungilah mereka ya Allah..Aminnn..


Indah kan gambar di atas. indah lagi jika kita termasuk dalam golongan mereka-mereka di sana itu. Semoga Allah panjangkan umur dan permurahkan rezeki kita untuk kita kesana pula nanti.Aminnn...

Thursday, September 15, 2011

Tuesday, September 13, 2011

Koleksi

Ini antara koleksi dalam almari buku dirumah saya..























Fakta tentang gambarajah diatas :-

: Ini adalah novel-novel yang bukan termasuk dalam bahan bacaan ilmiah
: Semua buku diatas dibalut kemas dengan plastik seperti balut buku teks masa kat sekolah dulu
: Saya bukanlah peminat novel..hanya baca bila bosan dan selepas tidak dapat melayari internet
: Ada antaranya saya masih belum sentuh dan baca -eh tapi dah sentuh masa nak susun-susun beliau
: Buku yang paling best dan memberi kesan pada jiwa setelah membacanya adalah yang berada di line kiri nombor 3 dari atas - Jaja & Din by Noor Suraya. Percayalah!
: Dan yang paling penting adalah tak satu pun antara buku diatas dibeli sendiri oleh saya! kakak dan adik je beli..saya tumpang baca dan jaga sahaja.. :)

"Membaca tangga kejayaan" kata cikgu saya..

Monday, September 12, 2011

Cikgu Hamizah?

Sekarang agak sibuk dengan kerja..kesibukan akan berlarutan hingga ke minggu hadapan bawa ke bulan hadapan dan juga bawa ke tahun hadapan. Phewww..lelah juga lah. Tapi tak mengapa, bukanlah sentiasa..masih boleh di kawal dan masih ada masa untuk bersuka ria.

Kerana ini..

























Di sini..


















Dan juga di sini..























Menjadi cikgu mungkin..


*Good luck my team!

Friday, September 9, 2011

Warkah dari seberang

Jeng..jeng.. baru-baru ini ku telah menerima sesuatu dari seberang.





Sweet kan si penghantar ni. Kad ni pun sweet sangat. Terharu sangat dengan kata-kata dia tulis dalam kad ni. Dah la ini satu-satunya kad raya yang diterima tahun ini.

Thanks Vee walaupun kita ni kerja dibawah company yang sama, tugas yang sama..tapi kita tak pernah berjumpa, kita hanya mengenali dialam maya. Kamu baik sangat tau! susah-susah hantar kad raya pada kita..hehe.

*Seberang tu bukanlah di Indonesia ye..seberang nun di Sarawak je.

Tuesday, September 6, 2011

Kawan-kawan tak mau lawan

Rentetan dari Cerita di Raya ke-5. Ini versi gambarajah.. :)

Rumah pertama - rumah fyda
Kami ber-4 je..

Nak juga...

Ini harus..

Ibu mengandung yang excited - suami dan anak pertama tak ikut..bagus ida..

Dah petang ada lagi yang baru nak join

Nak juga serbu rumah ni.. :)

Waktu ni dah pukul 5 lebih rasanya..

Tahun depan kita 'buat' lagi ye kawan-kawan..

Salam 8 Syawal,

Monday, September 5, 2011

Keluarga besar Haji Ismail

Oppss bukan Haji Ismail Group tempat shopping di Langkawi tu ye. Ini nak cerita keluarga besar Haji Ismail aka ayah emak aka tok saya! kira keluarga belah emak la ni. Nenek atau wan dah tak ada..memang tak pernah kenal pun. Atok dan nenek belah abah pun dah lama tak ada. Jadi ni lah satu-satunya atok yang tinggal. Tok ada 8 orang anak termasuk emak lah. Cucu ada 39 orang. Cicit insyaallah tak lama lagi baru nak keluar seorang. Cucu dia baru seorang je pun yang dah kahwin. Kebanyakan semua kecik kecik sekolah lagi. Masa raya hari tu ada juga yang tak sempat jumpa..susah dah sekarang nak kumpul semua.









Ni saja sebahagian yang ada masa petang hari raya ke-2. Gambar pun main snap je. Tak rancang pun nak bergambar. Eh gambar tok memang tak ada. Tok dah tak berapa sihat sebenarnya. Terbaring je sekarang... :(

Sunday, September 4, 2011

Cerita di Raya ke-5

Hari ini dah masuk kerja setelah lapan hari cuti raya! Okla..cuti lama-lama pun buat apa. Semalam best! beraya dengan kawan-kawan sekolah. Memang tiap-tiap tahun kami akan berkonvoi beraya sama-sama. Tapi semalam ramai juga yang join berbanding tahun sebelum ini. Yang dah kahwin pun ada yang join. Biasanya kawan-kawan yang dah kahwin ni susah sikit..yela mereka kan ada komitmen yang lebih perlu diutamakan. Susah la nak join kami-kami yang bujang ni. 

Mulanya semalam janji pukul 10 pagi nak berkumpul, tapi biasalah susah nak tepat ikut masanya kan. Pukul 11 lebih baru dapat beraya dirumah pertama. Sudahnya setelah pusing-pusing dalam 10 buah rumah kawan-kawan, pukul 7 malam saya balik rumah semalam. Semua sporting, asyik gelak-gelak je jumpa mereka mereka ni. Sebenarnya nak pergi rumah terakhir tu ramai yang dah tak nak sebab dah tak larat, tapi kami paksa juga pergi. Hehe..kata setahun sekali beraya dan berjumpa kan. Tu pun ada juga la sorang dua dah balik awal sikit.
Gambar banyak ambil semalam..tapi malasnya nak resize dan letak watermark lagi. Nantila baru upload. Tapi ada gambar satu ni yang paling menarik..


































"Eh baju kita sama la.." kahkah..padahal memang shopping di Jakel sama-sama. Tempah pada tailor pun sama-sama. Eh kata best friend kan ayu!

Saturday, September 3, 2011

Menziarahi saudara mara

2 Syawal, kami masih di Temerloh..yela mak dan abah memang berasal dari sini, jadi memang ramai lah saudara mara perlu diziarahi kan.

Ok..let the pictures tell it all..















Biasanya bila hari raya memang kami akan balik dua hari disini, tu pun sebenarnya tak cukup masa nak lawat semua saudara mara semua. Yang gambar rumah yang dah 'uzur' tu..ha itulah rumah tempat abah dibesarkan dulu. Along, angah dan saya pun dilahirkan dirumah itulah dan sempat membesar sekejap di situ sebelum kami semua pindah ke Raub. Orang tua abah pun dah tak ada..rumah tu pun tak ada orang nak duduk..ditinggalkan macam tu sajalah rumah yang banyak kenangan tu. Rumah tu betul-betul mengadap Sungai Pahang..yang ada gambar sungai tu, tulah Sungai Pahang..Kampung Pangsenam ni memang sepanjang Sungai Pahang nilah. Kebanyakan saudara mara kami menetap di kampung inilah. Jadi kalau hari raya memang kami balik disana sajalah, tak perlu nak berjalan jauh-jauh dah.

Hari ini nak pergi beraya dengan kawan-kawan sekolah dulu pula.. :)

Thursday, September 1, 2011

1 Syawal kami

Alhamdulillah..setelah sebulan ibadah puasa dijalankan, hari kemenangan bagi kita diraikan dalam penuh kemeriahan dan keserdahanaan. Syukur sangat-sangat kerana aidilfitri tahun ini adalah aidilfitri yang terbaik buat saya..

Jam 8 pagi kami sekeluarga sudah siap berpakaian baru serba biru untuk ke masjid sembahyang sunat aidilfitri..kemudian balik rumah seperti biasa sesi salam-salam minta maaf dan bergambar!

Minta maaf mak abah!
Kami..lupa pula nak ambil gambar semua ramai-ramai
Dengan adik bongsu
Sebahagian dari gambar-gambar yang diambil. Bila dah puas bergambar, kami beraya di rumah jiran sebelah kemudian terus bersiap-siap untuk pulang ke kampung di Temerloh

Nak balik kampung
Jom!


Sampai Temerloh singgah rumah mak anjang dulu..kemudian beraya lagi di 2-3 buah rumah saudara mara yang lain sebelum terus kerumah tok

Dengan keluarga mak anjang
Kami 4 beradik perempuan

Inilah kisah 1 Syawal kami. Kahkah..nak gelak sebab dah rasa macam karangan bergambar budak-budak sekolah je...layanzz..

Oh lupa..selamat hari merdeka Malaysia!