Pages

Friday, December 6, 2013

Istikharah


بِسمِ اللَّهِ الرَّحمٰنِ الرَّحيمِ


Aminn Ya Rabbal Alamin.



Tuesday, September 10, 2013

Hardest part


but..
Allah is always by our side
i'll find my way
Insyaallah

Just raise hand and pray
and pray.







Monday, July 22, 2013

Ramadhan dan Kurma

Salam 13 Ramadhan 1434 hijrah.

Eh dah 13 hari? cepatnya masa berlalu.

Ramadhan kali ni rasanya agak berbeza dari tahun-tahun sebelum ini. Bukanlah nak kata amalan kali ini lebih baik (masih terus dan akan terus mencuba), tapi biarlah ianya menjadi rahsia manis antara aku dan Dia.

Tapi hati sedikit sayu, kerana ramadhan kali ini ramai orang-orang terdekat yang menyambutnya dengan ketiadaan orang-orang yang mereka kasih buat pertama kalinya. Sesukar mana pun kita melihat, sukar lagi mereka yang menghadapinya. Aku tahu itu. Dan dalam 13 hari bulan yang mulia ini juga, 3 jemputan mengejut dari Allah yang perlu di hadapi dengan Redha. 10 ramadhan, kawan kehilangan adiknya. 11 ramadhan, kawan kehilangan anaknya yang masih kecil, dan semalam 12 ramadhan, kawan kehilangan ibunya. Al-Fatihah. Tabahlah! dan ini semua merupakan peringatan buat kita agar kita lebih mendekatkan diri dengan-Nya. Peringatan buat kita juga agar kita lebih memahami bahawa kita semua  ini adalah milik-Nya.

Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (sahaja) mengatakan: “Kami telah beriman”, sedang mereka tidak diuji lagi? (Al-Ankabuut : 2)

Catatan ramadhan kali ini, Alhamdulillah Along dah dapat bertukar mengajar di sini setelah hampir 5 tahun mengajar di pedalaman Sarawak. Kak Teh yang kerja di Jeddah juga balik untuk berpuasa dan beraya di sini. Yeay.

Cerita pasal kurma,

Aku sebenarnya bukanlah penggemar tegar kurma. Tetapi sering paksa diri untuk makan. Jadi untuk berbuka dengan bersahur tu memang wajib la makan kurma kan walaupun hanya sebiji tiap kali. Setakat ni kurma yang aku boleh makan dengan baik ialah kurma Ajwa. Masa mak pergi umrah baru ni, mak ada beli kurma Ajwa ni tapi tak banyak sebab kurma ni agak mahal. Aku makan kurma tu je la. Kak Teh balik ni pun dia ada bawa banyak la juga kurma Ajwa ni. Memang aku tak de kompromi la untuk makan kurma kali ini. Boleh jadi berbiji-biji tiap kali makan. Kalau tak silap yang kak teh beli ni harga 80-90 riyal sekilo. Kalau kat sini tak pasti la plak sebab tak pernah beli, tapi ni baru je google, rm115 sekilo!

Gambar dari google
Kurma Ajwa atau juga dikenali kurma Nabi atau kurma Rasulullah. Sebab, ianya ditanam sendiri oleh Nabi Muhammad SAW berhampiran Masjid Quba, Madinah dulu. Sekarang ni hanya ada sekitar ratusan pokok kurma Ajwa di Madinah sebab tula harganya agak mahal. Kurma Ajwa dianggap sebagai yang terbaik di dunia kerana kurma berkenaan mempunyai berbagai khasiat dan ia merupakan kegemaran Nabi Muhammad Sallallahu A’laihi Wasallam.

“Apabila setiap kamu berbuka puasa, maka hendaklah kamu berbuka puasa dengan kurma kerana sesungguhnya padanya (kurma itu) ada keberkatan. Jika sekiranya ianya (kurma) tidak didapati, maka berbukalah dengan air kerana sesungguhnya padanya (air tersebut) itu bersih.”  (Riwayat imam Ahmad, Tarmizi dan Abu Daud)



Saturday, June 22, 2013

Masih diberi harapan

Balik rumah semalam, masuk je rumah nampak ada surat untukku atas meja 'Urusan Kerajaan - Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia' lantas langsung tak ada hati nak pegang apatah lagi buka. Malam tu abah bagitau ada surat, kenapa tak buka katanya? Aku jawap 'ermm..tahu dah jawapannya, gagal exam haritu, dah baca kat emel'

Sebelum tidur malam tadi, tiba-tiba teringat tentang surat tu. 'Eh mana tahu dalam emel dia bagitau gagal. dalam surat tu tiba-tiba tulis lulus!' Boleh pula terfikir macam tu kan. Berbunyi seperti masih berharap disitu..

Kemudian pergila ambil surat tu. Buka je terus cari perkataan GAGAL. Eh tak ada pun.. rupa-rupanya..

Hotal???

Tengok..masih diberi harapan dan peluang lagi. Syukurlah, walaupun dah beberapa kali exam-gagal, exam-gagal, manalah tahu kali ini exam-lulus. Aminnn..

Selalu SPA bagi sms dulu, kemudian dapat emel, last baru dapat surat. Ni terus dapat surat. Apapun terima kasih la kerana sudi memilih namaku lagi.


Friday, June 21, 2013

Kegagalan bermakna bahawa anda belum berjaya lagi

Pagi-pagi buka emel, dan terima berita tentang kegagalan.




















Sedih? ye..memang sedih! tapi tak sedih sangat kot sebab sebenarnya belum bersedia nak bertukar kerja walaupun nak sangat kerja tu. 

Kerja sekarang memang selesa. Tapi selesa sangat sebenarnya tak best juga. Tak challenging. Eh macam la kau suka sangat pada cabaran kan..he. Cuma fikir, kalau kerja lain, mesti jauh. Mesti nak kena sewa rumah, duit! Mesti nak kena beli tv, tilam, dapur, peti sejuk, duit lagi! Boleh nak jimat..sewa ramai-ramai. Tapi sorry..dah serik!

Pendek kata, tiap yang berlaku ada hikmahnya. Aku tak gagal, cuma belum berjaya.

Terjumpa kata-kata ini..

"Sekiranya anda mahu mengambil seorang pekerja, pastikan dia pernah gagal sebelumnya"


Monday, June 10, 2013

Sebelah Sayap




Dalam satu hadith Qudsi Allah menyatakan;

 "Sekiranya dosanya itu tinggi hingga ke langit, besarnya sebesar dari bumi ke langit, kemudian kau beristighfar, meminta keampunan daripadaku, maka aku ampunkan kau. Sebab hambaku tahu yang adanya tuhan untuk ampunkan dosa dia, dan mampu bertindak atas semua dosa dosa dia. Aku ampunkan dia."



Thursday, June 6, 2013

Catatan yang tertinggal

Permulaan Mei sedikit di uji. 2 minggu diserang batuk-batuk. Batuk yang bukan batuk biasa. Batuk yang bila batuk segala perut usus dan otak turut terasa pedihnya. Dah 2 minggu menahan, baru pergi klinik sebab nak ambil MC, tak tahan nak bekerja dalam keadaan macam tu. Doktor suruh buat ujian darah dan air kencing. Alhamdulillah, tak ada apa yang memudaratkan.

5 Mei, hari penting untuk Malaysia. Pilihanraya Umum (PRU) kali ke-13. Puas hati sangat kerana telah memilih apa yang ingin dipilih. Aku telah menggunakan hak sebagai pemilih dengan sebaiknya.

15 Mei, pukul 5 pagi dah gerak ke Kuala Lumpur sebab nak bawa Amir pergi temuduga untuk sambung belajar di Akademi Laut Malaysia. Abah, faezah pun ikut sekali. Tapi tak ada rezeki untuknya jadi orang laut. Tapi beberapa hari lepas tu, result UPU keluar, dan Alhamdulillah dia dapat masuk Universiti. Walaupun Universiti tu jauh di utara, tapi kos yang dia dapat tu amat sesuai untuknya.

18 Mei, ada exam SPA untuk menjawat jawatan Penolong Juruaudit. Tahun lepas dah exam untuk jawatan Penolong Akauntan, tapi tak ada rezeki nak dapat jawatan tu. Dalam keadaan kurang sihat, struggle juga la study apa-apa yang patut. Exam start pukul 9 pagi di Taman Maluri, so malas nak pergi sehari awal. Gerak pagi-pagi dari rumah insyaallah sempat. Lepas subuh, pukul 6 pagi drive ke KL sorang-sorang. Drive ke KL sorang-sorang tak ada masalah, dah pernah beberapa kali dah. Yang aku kagum pada diri sendiri tu, drive pukul 6 pagi sorang-sorang di jalan yang sunyi sepi, kawasan hutan, ladang sawit kiri kanan, gelap gelita tak ada lampu jalan dengan kabus yang tebal lagi. Alhamdulillah, Tuhan lindungi aku. Bangga juga lah pada diri sendiri kerana berani harunginya sendiri. Pukul 8 pagi sampai KL terus pergi rumah Ayu, ambil dia sebab aku manalah tahu jalan KL ni. Sebelum 8.30 pagi dah sampai tempat exam tu. Terima kasih la Ayu sebab tunggu aku sampai tengah hari. Lepastu kami pusing-pusing KL melawat kawan-kawan :p

21 Mei, kat rumah buat kenduri doa selamat sikit. Sempena mak abah along dan angah nak pergi umrah. Sekali untuk Amir nak sambung belajar. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar.

23 Mei, ambil along dari Bintulu di LCCT. Nasib baik angah ada, so angah la drive. Aku dengan Amir ikut sekali sebab nak pergi Bank Muamalat di Taman Melawati. UniMap (Universiti Malaysia Perlis) yang Amir dapat tu suruh bayar yuran dan buka akaun di Bank Muamalat. Raub dengan Bentong tak ada bank tu. Jadi terpaksalah kita cari di KL.

26 Mei, pagi-pagi kami sekeluarga dengan 2 buah kereta gerak ke rumah Chik di Nilai. Penerbangan mak abah along dan angah 27 Mei, 2.30 pagi. Bersedia awal-awal senang. Lepas isyak, dari rumah Chik, kami hantar mereka ke airport. Hati ni meronta-ronta nak ikut, tapi apakan daya Tuahan belum izinkan aku kesana. Tuhan, jemputlah aku! aku juga mahu kesana.. Esoknya aku dan adik-adik pergi Jusco di Setiawangsa sebab nak cari kemeja Amir untuk dia masuk U. 2 helai kemeja, 2 helai seluar, tali pinggang satu, semuanya rm390. huh..tingginya tastes budak sekarang. Mak abah along angah tak ada ni, aku la yang uruskan persediaan Amir ni.

1 Jun cuti hari Keputeraan Agong (psstt dulu dulu aku ingat keputeraan Agong ni hari Agong dilantik, rupanya hari lahir Agong ..oh my knowledge!). Amir kena daftar UniMap 2 jun, jadi 1 jun tu kami dah gerak ke utara. Adik-adik aku semua ada (kecuali yang sorang kerja kat Jeddah tu..oh dia turut sertai rombongan mak abah along dan angah buat umrah kat sana), jadi kami berlima la. Alhamdulillah ada mak saudara tinggal di Baling. 1 Jun tu kami ke rumah dia dulu. Mak saudara tu baru je tahun ni duduk di Baling, dia balik kampung dia semula selepas suaminya iaitu bapa saudara aku meninggal dunia. Ini pertama kalilah kami kesana. Syukur..Tuhan mudahkan perjalanan kami. Pukul 9 kami dari rumah, pukul 4 petang dah sampai.

2 Jun, nasib baik (Alhamdulillah) sepupu pernah sekolah di Arau dulu. So dia memang tahu la nak ke UniMap sana. Pukul 7 pagi kami gerak, aku dan adik-adik sebuah kereta. Mak saudara dan anak-anak dia sebuah kereta. Kalau tak kerana mereka entah macam manalah kami nak kesana agaknya. Terujanya aku (adik-adik aku juga) tengok sawah-sawah padi kat tepi-tepi jalan. Pukul 9 pagi dah sampai kat kampus induk UniMap. Selesai pendaftaran U, tapi pendaftaran Kolej Kediaman di Kuala Perlis bermula 2.30 petang. Jadi ada masa lagi 2-3 jam, jom kita jalan-jalan ke Padang Besar dulu (sebenarnya kena dengar taklimat dalam dewan, tapi kami tak nak dengar sebab bila tanya-tanya urusetia kat situ dorang cakap tak wajib pun). Memang murah la barang-barang kat situ. Aku beli palazzo yang sekian lama nak beli tapi tak terbeli-beli pun. Lycra palazzo ni biasa tengok orang jual rm40-rm55. Kat sana aku beli rm22 je. Adik-adik aku beli jersi rm35 kat sana, yang biasa orang jual kat sini berkali ganda harga tu. Mak sedara siap beli periuk kukus. Murah sangat katanya. Malangnya budget untuk shopping agak terhad, jadi tak ada la memborong kat sana. Minyak kereta pun dah habis berapa ni. Lepas makan, pukul 3 kami dah sampai kat Kolej Kediaman UniMap. Sedihla plak nak tinggal budak ni. Selain masuk PLKN dulu, ni pertama kali dia duduk jauh dari keluarga. Awak dah besar Amir, pandai-pandailah jaga diri ye. Semoga suatu hari nanti akan jadi engineer yang membanggakan semua. Jaga diri, jagalah iman. Sebelum balik ke Baling, singgah beli mangga dulu tepi jalan. Banyak betul orang jual mangga, macam-macam mangga ada. Malam tu tidur Baling lagi, pagi-pagi esoknya baru kami gerak balik. Alhamdulillah syukur, Tuhan permudahkan segala urusan kami..

6 Jun, malam ni insyaallah mak abah along dan angah akan sampai ke tanah air. Aku tak pergi ambil  pun sebab angah ada tinggah kereta di rumah Chik, malam ni Chik ambil. Mungkin pagi esok baru dorang balik sini. Semoga selamat semuanya.

Huh lenguhla menaip ni..



Friday, April 19, 2013

Kali ini kita tukarlah!

Kadang-kadang hidup perlukan perubahan. Barulah menarik dan semakin maju. Jadi kali ini kita tukarlah ye..!


Dulu



Sekarang



Saturday, April 13, 2013

PRU

Kerajaan blaa blaa
Pembangkang blaa blaa
Kuning, hijau, biru, merah blaa blaa
Manifesto begini begitu blaa blaa
Calon ini itu blaa blaa
5may blaa blaa
Pembaharuan, Kemajuan blaa blaa

Dah memang musimnya, memanglah semua orang bercakap mengenai ini. 

Tapi tak faham ada pulak yang..

"Ah tak suka la sikit-sikit status politik.."
"Dah unfriend si polan si polan sebab asyik cakap pasal politik je"
"Fanatiknya dia pada parti***** ni..benci betul! "

Ke nak cakap pasal durian crepe lagi? atau fenomena gangnam style lagi? ishhh..

Orang yang selalu cakap tak suka ni..sebenarnya dia tak tahu apa-apa pun.

Jadi, kalau tak tahu apa-apa, jangan merungut. Biarlah mereka nak bercakap. Kita diam, baca, dan cuba belajar.

Ini pesanan Ustaz Don Daniyal kita :)




Quran Baldatun Tayyibatun waRabbun Ghafur (Negara cemerlang dalam limpahan Rahmat Ilahi)

Selamat mengundi,


Thursday, March 21, 2013

Memberi jawapan


Di malam penuh sunyi
Tunduk sujud minta diberkati
Hati merintih meminta simpati
Mencari jawapan yang masih tersembunyi

Walau hati sudah punya jawapan sendiri
Tapi aku takut terjerat sendiri
Mungkin ada iblis yang cuba meracuni
Jadi pada Ilahi, mohon jalan yang diredhai

Setelah berhari-hari
Setelah yakin ini terbaik buat diri
Jawapan aku beri pada yang menanti
Harap semua mengerti
Harap semua memahami
Moga tiada dendam disanubari

Mungkin takdir aku begini
Masih perlu bersendiri
Masih banyak yang perlu diperbaiki

Alhamdulillah..
Ketenangan itu datang kembali.

Tuesday, February 19, 2013

Mati itu pasti

Mati itu pasti. Ianya sentiasa dan sering dekat dengan kita.


Ahad 11 November 2012, pakcik sebelah kiri rumah yang telah beberapa hari di hospital yang seratus peratus bergantung kepada mesin oksigen dikabarkan akan dibawa pulang ke rumahnya kerana kata doktor, sudah tidak boleh 'dibuat' apa-apa. Keluarganya redha, mahu dia 'pergi' di rumah mereka. Seawal pagi, ambulans tiba..sebaik dibaringkan di ruang tamu rumah, bekalan oksigen yang menyambung hayatnya dicabut disaksikan seluruh ahli keluarga dan jiran-jiran. Redha dan pasrah. Itu yang terbaik untuknya. Al-fatihah.

Aku pulang ke rumah setelah hadiahkan Yasin buat arwah. Dapat satu pesanan SMS, bapa saudaraku telah dikejarkan ke hospital. Hati bergetar. Emak gelisah, abangnya yang sentiasa kelihatan sihat walaufiat itu kini di hospital. Kami ambil keputusan tidak terus ke hospital, memandangkan hospital itu dari rumah kami agak jauh, empat jam perjalanan. Apatah lagi jiran sebelah rumah baru meninggal, belum kebumi pun lagi. Dari jauh hanya doa dan terus berdoa.

Selasa 13 November 2012, cuti sempena Depavali. Pagi-pagi kami bertolak ke sana. Hati hiba, emak saudaraku yang telah beberapa malam berkampung di hospital itu menangis risaukan keadaan suaminya. Kami juga. Tidak sanggup melihatnya sedang bertarung nyawa di dalam Cardiac Intensive Care Unit (CICU) dengan pelbagai wayar ditubuhnya. Semuanya secara tiba-tiba. Keesokannya, keadaanya semakin kritikal. Semakin ramai saudara-mara dan kenalan datang melawat. Tetapi beransur stabil kemudiannya. Lewat petang, hari kedua di sana, aku ambil keputusan untuk pulang ke rumah. Adik lelakiku yang sedang  menghadapi peperiksaan SPM perlu pulang untuk persediaan kertas peperiksaan seterusnya pada isnin hadapan. Mak abah kakak mahu terus menemani di hospital. Kami sampai di rumah agak lewat malam.

15 November 2012 bersamaan 1 Muharram 1434h, seawal 7 pagi aku terima perkabaran yang sungguh aku tidak mahu tahu. Bapa suadaraku itu telah 'pergi'. Perjuangannya di CICU telah berakhir. Dia betul-betul pergi berhijrah. Allahhu Akbar! Jenazah akan dikebumikan di kampung halaman. Aku dan adik bergegas ke sana. Sepanjang perjalanan air mata aku mengalir tanpa mampu aku sekat. Mulut tidak henti dengan membaca al-Fatihah. Terbayangkan wajah suci arwah, wajah lembut emak saudaraku untuk menghadapi semua ini, juga anak-anak arwah seramai sepuluh orang yang masih kecil dan remaja itu. Allahhu Akbar! Jenazah yang telah siap dimandikan oleh anak-anak lelaki arwah dan disembahyangkan di sana, dibawa ke masjid di kampung sebelum dikebumi. Ramainya orang datang menziarah. Arwah disembahyangkan sekali lagi di masjid itu. Jenazah dibawa ke tanah perkuburan sebaik jemaah selesai solat fardu Zohor. Segalanya dipermudahkan. Urusan hospital mudah. Urusan bawa balik jenazah mudah. Urusan pengebumian mudah. Arwah pergi di waktu semua orang tengah cuti. Di waktu cuti sekolah baru bermula. Memudahkan urusan pemindahan sekolah anak-anaknya. Setelah arwah pergi, isteri dan anak-anaknya berhijrah ke negeri kelahiran isterinya. Bila tanya adik, anak bongsu arwah yang berumur 4 tahun. "Adik, mana abah?" dia akan jawab.. "Abah dalam hati adik!" sambil tangan tepuk-tepuk dada. Hiba.

Selasa 12 Februari 2013, jiran sebelah kiri rumah sekali lagi ditimpa musibah. Allahhu Akbar! 3 bulan lalu, suaminya meninggal dunia. Hari ini, adiknya pula. Arwah yang sudah lama menderita barah payudara dan sudah hampir sebulan di hospital akhirnya pergi menghadap Illahi. Arwah masih muda, dalam 35 tahun umurnya dan belum berkahwin. Al-fatihah.

Khamis 14 November 2013, 2.00 pagi. Ketika semua orang sedang tidur, sayup-sayup terdengar orang mengetuk-mengetuk pintu rumah dan memanggil orang di dalam rumah aku. Dalam mamai dapat aku cam, itu suara jiran sebelah kanan rumahku. Aku terus bangkit, pasti ada yang tak kena. Ayah tak sedar! itu katanya sebaik emak membuka pintu. Ya Allah! ayahnya memang sudah lama tidak sihat. Tetapi masih boleh berjalan dan bekerja walau sudah tidak berapa kuat. Bergegas mereka bawa ke klinik. Aku dan emak kembali balik ke rumah. Sedang aku berdoa, moga tiada perkara buruk berlaku, anak jiranku itu menelefon meminta tolong untuk mengemas rumahnya, ayah dah tak ada katanya. Aku terdiam, kelu! Ya Allah beratnya dugaan ini! Aku sempat solat sunat tahajjud sebelum kembali ke rumah jiranku itu. Menanti jenazah tiba, sambil membaca Yasin. 5 hari sebelum itu, arwah ada buat kenduri di rumahnya. Sembelih seekor lembu. Katanya, saja buat makan-makan nak sedekah, dan dia mahu ahli keluarga, jiran-jiran dan kenalannya berkumpul. Seolah tahu dia sudah mahu pergi.

Sedangkan kita rasa sedih, apatah lagi keluarga-keluarga ini. Mereka sangat tabah, kerana itu Allah uji mereka begini dengan mengambil orang-orang yang mereka kasihi. Ya Allah, hilangkan rasa sedih dalam diri mereka. Bahagiakan mereka menjalani kehidupan ini tanpa seorang suami dan ayah.

Al-fatihah. Damailah disana.

Bertambah sedih bila ada yang fikir negatif mengenai kematian. Walaupun katanya 'orang kata', tapi itu keluar dari mulut dia. Sanggup dia berfikir sedemikian. Astagfirullah al'azim..


****

Entri ini telah ditaip sejak 2 hari lalu..tapi aku masih belum sempat untuk publish. Siapa sangka..giliran sahabat baik aku pula diuji dengan kehilangan ayahnya malam tadi. Ayahnya pergi ketika ingin mengambil wuduk untuk bersolat maghrib semalam. Mendengar perkabaran ini dari ayahku malam tadi, terus aku bergegas ke rumahnya. Ayahnya pergi ketika sihat walaufiat, tidak menderita sakit apa-apa. Semudah itu jika Allah mahu menjemput. Al-Fatihah. Ketika ini, aku baru sahaja pulang dari kubur. Bila lihat ruang-ruang kosong di kubur tadi, hati berdetik..untuk siapa ruang-ruang itu? Mungkin aku, mungkin keluargaku? Hati sebak, takut. Mampukah aku? Kita yang masih hidup, terus hidup sambil mengutip sebanyak mungkin bekalan untuk di bawa ke sana nanti. Al-Fatihah.

Rindu itu tanda Kasih. Penghubung rindu adalah Doa. Yang mendamaikan rasa itu adalah Redha.


Monday, February 4, 2013

Untuk kawan-kawan dan yang punya kawan

Kita kawan
Tapi kenapa perlu lawan

Kita serasi
Tapi kenapa ada iri hati

Kita bersama
Tapi kenapa jalan tak seirama

Aku buat salah
Kau pergi hebah

Aku ada kurang
Kau siap membilang

Aku ingin jadi baik
Kau buka aib

Aku ingin berubah
Hati kau macam susah

Aku mahu kau fahami
Kau perli-perli

Aku sedih
Kau merintih

Aku keliru
Kau menambah buntu

Apakah ini?
Kawan bukan begini
Kawan dari hati
Kawan sampai mati
Kawan, walau hati disakiti
Kawan, tak akan buat diri bersendiri

Apakah kau aku perlu hindari??



*******


Ukhuwah itu bukan pada indahnya pertemuan,
tapi pada ingatan seseorang terhadap saudaranya di dalam doanya.



Monday, January 14, 2013

Percutian Bajet ke Langkawi

Tiket kapal terbang















Rm56.00 pergi dan balik (bersih)
Dari LCCT, KL
Beli waktu promosi!
Tak termasuk baggage fees


Penginapan















Rm80.00 semalam untuk dua orang
Termasuk sarapan pagi untuk dua orang
1 katil besar, aircond, 1 bilik air, tv
Mengadap pantai (Pantai Cenang)

Klik Delta Motel & Restoren


Kereta Sewa















Rm70.00 sehari (off peak season)
Myvi Auto 1.5 (kereta baru tak sampai setahun guna)
Tel : Zaini 0125275019 / Shukri 0195573492

Kalau kereta pancit, jangan gelabah tak tentu pasal, tak perlu susah payah nak tukar sendiri, telefon sahaja owner. Pengajaran untuk diri sendiri! *Ehemm..niat memang nak tukar sendiri, tapi tak berpeluang..ada saja insan-insan berhati mulia nak tolong bila nampak dua orang perempuan bersusah-payah nak naikkan tayar. Terima kasih!


psstt - Maaf..saya keliru samaada Percutian Bajet ke Langkawi atau  Percutian Bajet di Langkawi ?

Thursday, January 3, 2013

Aku tak lari

Aku tahu rasa kau
Aku hanya pergi, tidak lari
Aku masih ingat, walau kadang ku ligat

Aku tahu rasa kau
Tapi..aku tak mahu tipu
Hakikatnya, kau lebih rasa dari aku

Cuma aku mahu kau tahu
Aku sedayanya mahu rasa macam kau
Walau aku tahu aku tak akan mampu
Tapi aku cuba upaya aku

Sudahlah..
Aku tidak mahu kau keliru
Rasa hati jangan kau ragu
Yang aku tahu kau lebih tahu!

Pergilah syahdu
Aku juga mahu berteman rindu.

Kuala Terengganu, 15-17 Disember 2012


* extra sharpen effect