Pages

Wednesday, August 31, 2011

Monday, August 29, 2011

Di malam raya

Alhamdulillah..

Baru sahaja Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja iaitu Datuk Syed Danial Syed Ahmad umumkan bahawa tarikh hari raya adalah esok hari! bersamaan 30hb Ogos 2011- bermula tahun ini, Datuk inilah yang akan umumkan tarikh puasa dan raya - sebelum ini yang kita dengar dari kecil ialah Tan Sri Ibrahim Engku Ngah -yang telah bersara pada Januari 2011.

gambar dari google
Bunga api dan mercun memekik pekik di sekitar kawasan. Rasa meriah sangat tapi kadang kadang rasa bingit juga. Persediaan semua dan lengkap kot. Baju raya sedang dikeringkan dibawah kipas nun haa..tak sempat kering siang tadi. Mana taknya petang baru terima dan nak basuh, hari pula mendung. Kuih raya banyak dah..malam ni along cuma buat kek. Siang tadi buat lagi dua jenis biskut - almond london dan cornflakes coklat, semalam buat biskut crunchy nestum dan mazola (rasa malas pula nak buat entry khas). Siputih dan dimandikan sendiri petang tadi, berkilat dan wangi sudah siputih itu. Juadah pagi esok selain kuih kuih raya adalah nasi impit bersama kuah kacang dan rendang. Lemang? tak buat la. Kalau tak sebelum ini setiap kali hari raya samaada aidiladha atau aidilfitri abah mesti buat lemang. Tapi sejak tahun lepas abah dah tak buat sebab abah ada tanggungjawab yang lebih penting perlu dibuat setiap kali bulan puasa. Dah tak sempat nak buat lemang. 

Esok di hari raya pertama kami sekeluarga akan berbaju biru. Setiap tahun beginilah kami, baju mesti seragam. Insyaallah dalam tengah hari kami akan bertolak pulang ke kampung mak dan abah di temerloh. Disana pastinya lagi meriah. 

Oh rasanya saya perlu kedapur membuat apa-apa yang patut.

Salam Aidilfitri 1432h,

Sunday, August 28, 2011

2 hari sebelum raya

Dah cuti raya sejak semalam
Mula bekerja kembali  pada ahad minggu depan
Jangan ditanya kenapa mula kerja hari ahad

Sekarang ada orang tengah potong rumput dihalaman rumah
Oh segarnya bau rumput tanah!

Baju raya saya belum siap
Semalam dah pergi nak ambil
Tapi rupanya belum habis dijahit
Kecewa..
Semoga boleh siap sebelum raya
Nanti tak boleh nak bergaya

Biskut raya dah buat 3 jenis
Hari ini sekejap lagi cadang nak buat lagi
Harap menjadi
Kerepek kerepek dan kacang kacang pun dah beli
Jemputlah kerumah untuk menikmati

Tujuh orang adik beradik dah kembali
Cuma seorang tak dapat cuti
Jadi tidak lengkaplah raya nanti

Oh raya raya juga
Puasa cuma tinggal hari ini dan esok
Terawih pun cuma malam ini sahaja
Ini mengikut kelendar la

Jangan biarkan 2 hari ini berlalu sia-sia
Walau sibuk buat persiapan raya
Amal ibadat wajib diutama
Entahkan bertemu lagi kita
Di ramadhan akan datang

Akhir kata dari saya

Selamat hari raya
Berhati hati dijalan raya
Mari berkumpul dibalai raya
Sama samalah siram pokok bunga raya
Saya nak kerja di Jabatan Kerja Raya

Sekian pantun yang tak macam pantun
dan sajak pun tak macam sajak dari saya..

:)


Saturday, August 27, 2011

Ketumbit


Tau tak time-time nak raya nilah dia menyerang mata galakku yang comel ni.
Dugaan...Sabar..

Friday, August 26, 2011

Semperit merempit?

Kuih semperit memang telah menjadi kegemaran sejak sekian lama dulu. Tiap kali raya mesti nak cari kuih tu. Dulu masa kecik kecik mak selalu buat. Sekarang mak dah lama pencen buat kuih kuih raya ni. Harapkan anak-anak yang dah bekerja beli je kuih raya ni.

Tapi entah angin apa melanda tahun ni kecoh nak buat sendiri. Padahal sebelum ni tak pernah pun buat. Kalau mak buat dulu pun cuma tolog isikan ceri kat atas kuih tu je. Maka resepi pun digoogle (mak tak ingat resepinya sebab dah lama tak buat). Rasa macam senang, tapi sekali dah bancuh adunannya..nak bentukkan jadi bunga tu bukan senang. Dah la terbeli acuannya kecik. Pam seketul dua..dah nak kena masukkan adunan dalam bekas acuan tu. Leceh tau tak sebenarnya. Mak dan amir pun tolong buat sekali. Best juga walaupun agak leceh..

Maka akhirnya jadi jugalah kuih semperit ku walaupun tak ada rupa sangat namun rasanya tetap menawan..kahkah.

Sebagai rujukan untuk masa hadapan mari nak taip resepinya disini.. :)

Bahan-bahan semperit adalalah :
225gm butter
110gm gula ising
1biji kuning telur
1/2 sudu kecil esen vanila
70gm tepung jagung*
120gm tepung kastard*
170gm tepung gandum*
*ayakkan mereka
Ceri merah sebagai hiasan (potong kecik kecik)

Cara-cara:
1. Gaulakn butter dan gula ising sebati
2. Masukkan esen vanila dan kuning telur. Kacau rata

Butter, gula ising, kuning telur dan esen vanila yang telah beramah mesra
3. Masukkan kesemua tepung-tepung sedikit demi sedikit. Gaul rata
4. Gunakan acuan semperit dahlia dan pamkan atas bekas pembakar
5. Letakkan ceri merah ditengah-tengah untuk lebih keceriaan
6. Bakar dalam oven 160c selama 15minit

Jangan tanya kenapa mereka ni tak nak beratur elok-elok.kahkah...

7. Sejukkan betul-betul dan simpan dalam bekas

Proses penyejukkan. Kan dah kata..walaupun rupa mereka tidak menawan tapi rasanya...urmmmmm

Semperit merempit? Tak ada kena mengena pun!

Thursday, August 25, 2011

Andai ini ramadhan terakhir kita

Rugi dibiarkan Ramadhan berlalu tanpa amal
Rugi dibiarkan masa berlalu tanpa amal


Kalau malas solat sunat 20 rakaat, boleh solat sunat 8 rakaat
Kalau malas solat sunat, boleh buka dan baca al-Quran
Kalau malas buka al-Quran, boleh baca ayat al-Quran yang telah dihafal
Kalau malas baca al-Quran, boleh istighfar (minta ampun) ucapkan astagfirullah, astagfirullah, astagfirullah
Kalau malas istighfar, boleh zikir, sebut..la ila ha il lallah..la ila ha il lallah..la ila ha il lallah
Kalau malas zikir, tak payah sebut, baca dalam hati..la ila ha il lallah..la ila ha il lallah..la ila ha il lallah
Kalau malas zikir panjang dalam hati..pendekkan sedikit zikir dalam hati..ALLAH..ALLAH..ALLAH


Rugi dibiarkan masa berlalu tanpa amal
Rugi dibiarkan Ramadhan berlalu tanpa amal

sumber sini.

Andailah ini Ramadhan terakhir kita
alangkah rugi dibiarkan 24 hari lalu berlalu begitu sahaja kan

Drama Ramadhan Terakhir episod last malam ni.
10.30pm tepat depan tv!

Duit raya oh duit raya

Awal-awal memang dah bajet duit raya untuk budak-budak. Kalau balik temerloh saja sepupu-sepupu ada kot dalam 30 orang. Semua kecik kecik sekolah lagi. So sebagai sepupu yang telah bekerja contoh yang baik haruslah ditunjukkan dengan memberi mereka duit-duit raya. Kahkah..

So semalam pergilah bank nak tukar duit. Sebelum peristiwa itu berlaku..sobsob.. 
Mula-mula pergi bank A sebab nak keluarkan duit sekali.. 
saya -kak nak tukar duit
akak kuanter -habislah..syiling adalah
Nak menangis rasanya bila akak tu cakap macam tu..bukan sebab duit tukar habis, sebab akak tu boleh pula offer duit syiling. Hah kau! Cuba bagitahu..budak-budak mana yang pandang duit syiling!

Kemudian pergi lah ke bank B, berjalan jauh juga dari bank A tu.
encik kuanter -tinggal duit kertas yang dah guna je.
saya -tak apalah,terima kasih (dalam hati -duit dah guna kat pjk pun banyak. Tak nak sebab buruk. Nak bagi duit raya mestilah yang belum ternoda dan ada bau duit lagi)

Dan pencarian diteruskan di bank C
saya -nak tukar duit ada?
kuanter -nah

Alhamdulillah setel!

Tapi yang peliknya banyak-banyak bank saya pergi tu satu bank pun tak ada bagi sampul duit. Tak kan nak kena beli. Nak yang free! bank C pun tak bagi, saya tukar duit BANYAK lak tu...

Memanglah banyak..banyak keping sebab duit seringgit!
 

Nak ambil sekeping untuk kamu!

Wednesday, August 24, 2011

Malang tak berbau

Malang tak berbau..
begitulah kata mereka-mereka
ye..memang betul..
kalau saya dapat menghidu malang itu tak adalah perkara tadi berlaku

Sedih? kecewa? kesal? bengang? semua adalah...
TAPI dah tak ada gunanya pun
semua dah berlaku
redha..pasrah sajalah

Dalam kita cuba berhati-hati
dalam kita cuba mengelak
dalam kita sangat-sangat berwaspada
tapi kalau dah nak terjadi
kita buat apapun tetap akan terjadi
sekali lagi..redha..pasrah sajalah

Tapi bukan kita harus redha dan pasrah sahaja
dalam redha dan pasrah itu perlu diingat
setiap yang berlaku ada hikmah dan pengajarannya
perlu memikirkannya apakah hikmah dan pengajaran itu
jika tidak berlaku tadi mungkin esok lusa berlaku juga

Apapun saya tetap bersyukur sangat-sangat
dugaan tadi hanyalah sedikit cuma
kecil je berbanding orang lain yang 'kena' lagi dahsyat
bak kata abah, bila saya sampai rumah dan ceritakan kepadanya tadi...
"tak apalah, sikit je. Lepas ni kena lebih berhati-hati"
sejuk sikit hati dengar abah cakap macam tu



Saya langgar kereta orang tadi!
melayang rm150.00 ganti balik lampu kereta waja yang pecah tu
siputih pun habis kekemekan..kesian siputih itu
nak ketuk-ketuk ramadhan RM lagi !

Sabar sajalah! dah memang salah sendiri pun!

Tuesday, August 23, 2011

Jalan yang gelap gelita

Semalam petang hujan lebat, kena ambil adik yang naik bas dari Kuantan sampai bandar Raub pukul 7pm, mana ada bas lagi nak balik rumah. Ingat nak pergi berdua je dengan adik lelaki, last-last semua ikut buka puasa sekali kat luar. Penuh kereta lima orang tambah satu waktu balik. Bagi pada orang yang dah biasa memang ok, no hal punya. Tapi bagi orang macam saya yang baru sebulan dapat kereta? Sejak dapat lesen bertahun dulu tak pernah bawa kereta.. memang agak mencabar lah. Dari rumah ke bandar Raub jaraknya dalam setengah jam perjalanan. Dengan jalan yang tak berapa stabilnya. 

Lepas berbuka dan sembahyang maghrib di bandar Raub, perjalanan nak balik lah agak kelaka-kelaka seram. Boleh pula sepanjang jalan nak balik gelap gelita sebab blackout, dengan hujan yang tak berhenti-henti, dan jalan banyak air bertakung. Kalau saya seorang semalam memang tak lah kan. Nasib baik ramai meneman. Kilometer kereta memang paling tinggi pun 80 je. Biar lambat asal selamat kata mereka. Akhirnya setelah 1 jam sampai juga rumah dengan selamat..kahkah..

Berbuka puasa semalam - tomyam campur, kailan ikan masin, sotong goreng kunyit, daging masak merah, telur dadar, nasi putih, air bandung, teh o - kali pertama kami berbuka puasa bersama diluar - Alhamdulillah berbaloi rm76.50 saya.

Sekian kisah kami semalam... :)

Monday, August 22, 2011

Chocolate chip cookies

Hari ini dah ramadan ke 22. Syukur sangat kerana diberi kesempatan untuk melaluinya.. Seperti tajuk diatas, adalah biskut raya pertama saya bagi tahun ini. Sebenarnya dah buat minggu lepas lagi..alhamdulillah menjadi jugalah hasil resepi salin dari internet.



Sebenarnya dapat lah dalam 3 bekas macam tu. Tapi 1 bekas dah nak habis dah pun hasil kudap-kudapan diwaktu malam. Rupa memanglah tidak mengiurkan kan..ditambah dengan ambil gambar guna camera handphone nokia 2.0 mega pixel je. Tapi percayalah hasilnya boleh tahan..kahkah..

Resepinya -Lupa ambil dari mana sebab dah lama, saya salin kat buku (rajin kan) 

Bahan-bahan :
-450g tepung gandum
-1 biji telur
-250g mentega
-115g gula halus
-110g gula perang
-100g chocolate chips (letak banyak lagi, lagi ok sebab saya letak banyak ni macam tak cukup sangat, tak nampak sangat chocolate chips nya)
-3 sudu besar serbuk koko
-250g gajus (panggang/goreng tanpa minyak - cincang)
-1 sudu kecil baking powder

Cara-cara :
1. Pukul mentega, gula halus dan gula perang sampai kembang
2. Masukkan telur dan pukul lagi
3. Masukkan tepung gandum, serbuk koko dan baking powder yang telah siap diayak dan kacau
4. Masukkan chocolate chips dan gajus - gaul rata
5. Buat bulat kecil-kecil dan tekan dengan garfu (bentuk apa-apa pun boleh)
6. Bakar dalam oven pada suhu 150c selama 15 minit

Selamat mencuba. Ceh bagi resepi budget chef je..kahkah. Ala ni untuk rujukan saya dimasa-masa hadapan juga. Simpan dalam buku manalah tau buku tu hilang ke, kena gigit tikus ke. Simpan dalam blog kan senang..

What next cookies? Bahan-bahan semua dah ready, tunggu cuti je nak buat lagi ni..hehe..

Besar punya..

Ha hamik kau..sekali dah upload gila besar header. Tapi cun jugaklah hasil ketidakkreatifan diri sendiri. Guna photoscape je pun. Nanti bila-bila rasa dah boring dan kalau rasa diri macam rajin je kita tukar selera lain pula..


* Saje je blurkan gambar tu sebab tak nak 'menyerlah' sangat muka tuan punya blog walaupun agak kepoyoaan disitu
* Memang waktu buat ni waktu tak ada kerja aka keboringan
* 'Cuba melihat melalui mata hati...' ? fikir-fikirlah dan renung-renungkanlah..dalam maksudnya tu