Pages

Monday, August 22, 2011

Chocolate chip cookies

Hari ini dah ramadan ke 22. Syukur sangat kerana diberi kesempatan untuk melaluinya.. Seperti tajuk diatas, adalah biskut raya pertama saya bagi tahun ini. Sebenarnya dah buat minggu lepas lagi..alhamdulillah menjadi jugalah hasil resepi salin dari internet.



Sebenarnya dapat lah dalam 3 bekas macam tu. Tapi 1 bekas dah nak habis dah pun hasil kudap-kudapan diwaktu malam. Rupa memanglah tidak mengiurkan kan..ditambah dengan ambil gambar guna camera handphone nokia 2.0 mega pixel je. Tapi percayalah hasilnya boleh tahan..kahkah..

Resepinya -Lupa ambil dari mana sebab dah lama, saya salin kat buku (rajin kan) 

Bahan-bahan :
-450g tepung gandum
-1 biji telur
-250g mentega
-115g gula halus
-110g gula perang
-100g chocolate chips (letak banyak lagi, lagi ok sebab saya letak banyak ni macam tak cukup sangat, tak nampak sangat chocolate chips nya)
-3 sudu besar serbuk koko
-250g gajus (panggang/goreng tanpa minyak - cincang)
-1 sudu kecil baking powder

Cara-cara :
1. Pukul mentega, gula halus dan gula perang sampai kembang
2. Masukkan telur dan pukul lagi
3. Masukkan tepung gandum, serbuk koko dan baking powder yang telah siap diayak dan kacau
4. Masukkan chocolate chips dan gajus - gaul rata
5. Buat bulat kecil-kecil dan tekan dengan garfu (bentuk apa-apa pun boleh)
6. Bakar dalam oven pada suhu 150c selama 15 minit

Selamat mencuba. Ceh bagi resepi budget chef je..kahkah. Ala ni untuk rujukan saya dimasa-masa hadapan juga. Simpan dalam buku manalah tau buku tu hilang ke, kena gigit tikus ke. Simpan dalam blog kan senang..

What next cookies? Bahan-bahan semua dah ready, tunggu cuti je nak buat lagi ni..hehe..

No comments: