Pages

Saturday, October 20, 2012

Nanga Penyarai

Pengalaman menarik mengunjungi sebuah tempat pedalaman di daerah Bintulu, Sarawak. Terima kasih kepada kakak ku kerana menaja tiket penerbangan dan segala perbelanjaan sepanjang kami di Bintulu :p Kami merujuk kepada aku, mak ayahku, dan seorang adik.

Kami pergi Bintulu hari Sabtu, 6hb Oktober. Tujuan utama sebenarnya nak lihat dan jalan-jalan tempat kakak aku tu. Dia cikgu di sebuah sekolah rendah di Nanga Penyarai, Tatau. Tempat tu dikategorikan sebagai kawasan pedalaman tahap 3. Tahap 3 bermaksud yang paling 'teruk' la. Kami tiba di Bintulu malam 6hb tu, dari airport naik teksi ke bandar Bintulu, dalam setengah jam, tambang RM35.00. Kakak tak ambil kami di airport, dia hanya tunggu di hotel je. Kami tidur di hotel dulu malam tu sebelum esoknya baru bertolak ke rumah kakak. Esoknya dari bandar Bintulu kami ke Pekan Tatau naik van RM20.00 seorang. Perjalanan dalam 1 jam, jalanraya ok cuma berenjut-renjut jugaklah. Sampai di Pekan Tatau terus ke jeti. Apa entah nama jeti tu. Masa tu dah pukul 12.30tengahari. Bot ekspres akan gerak pukul 1.30tengahari. So sembahyang zohor dulu di masjid dekat jeti tu. Jamak asar sekali. Sebab perjalanan masih jauh tambahan sedang bermusafir kan.


Naik bot ekspres ni 2 jam, jenuh juga la duduk dalam tu. Lainlah kalau kerusi bot tu macam bas ekspres Mara Linear. Memang 2 jam tu tidur sajalah. Tapi..ermmm... So, duduk mengeras la atas bangku kayu panjang tu. Pemandangan sepanjang menyusur sungai tu hanyalah hutan-hutan dan rumah-rumah panjang. Banyak aku lihat rumah-rumah panjang yang dah moden, batu dan beratap cantik. Naik bot ekspres ni pun seorang RM20.00


Perjalanan dengan bot ekspres ni sampai di Kem Lana je. Bot ekspres ni akan berpatah balik ke jeti tadi sebab semakin hulu kan sungai semakin kecil. So untuk teruskan perjalanan ke Nanga Penyarai, kenalah naik bot kecik pulak. Elok je sampai di Kem Lana, hujan turun dan semakin lebat. Terpaksa kami tunggu dulu kat situ. Risau sangat masa ni, dah la tak pernah naik bot, hujan pulak tu.


Kami naik bot merah kuning tu. Satu bot kecik tu untuk kami sekeluarga naik. Masa ni hujan lagi, tapi terpaksa gerak juga sebab dah makin petang. Masa ni dah pukul 4 lebih rasanya. Cuaca semakin gelap. Kami naik bot ni diselubungi kanvas. Tak la basah sangat. Tapi sejuk! Pemandangan sekeliling pun tak dapat tengok. Sepanjang perjalanan berzikir je bawah kanvas tu. Kejap-kejap tanya kakak, jauh lagi ke? Lenguh gak la kaki duduk dalam bot tu. Tapi best! Alhamdulillah..akhirnya setelah hampir sejam sampai juga ke destinasi kami. Tambang bot ni pulak, kakak aku bayar RM150 untuk sekali perjalanan tu.

So hari pertama tak ada apa-apa aktiviti. Lepas makan malam, solat terus tidur. Penat. Walaupun kawasan ni kawasan pedalaman tahap 3, tetapi bekalan elektrik ada, semua terang benderang, tengok tv pun astro ada. Di sekolah ada dipasang parabola untuk akses internet dan talian tetap. Line telefon mudah alih tu, sebelum ni memang tak dapat langsung, cuma sejak baru-baru ni je boleh dapat. Itupun ada satu kawasan tu je, kawasan dekat padang sekolah :p Cuma bekalan air bersih tu sadis sikit, sumber air utama adalah air sungai yang dipam ke rumah. Untuk masak-masak mereka guna air hujan yang telah ditadah.


 Hari kedua, hari menjelajah kawasan sekitar dan kawasan sekolah. Di escort oleh kanak-kanak comel ini :) 


Aktiviti pelajar di waktu petang. Rumah-rumah tu la rumah cikgu-cikgu dan staff sekolah sini.



Hampir semua pelajar-pelajar sekolah ni tinggal di asrama. Bila dah petang, lepas bermain, mereka akan mandi ramai-ramai. Ha sempat tengok mereka mandi. Macam pesta air je. Mereka mandi tu air sungai yang disalurkan ke kolah tu. Itupun baru je lagi ada kolah, kalau tak sebelum ni ramai-ramai terjun sungai sama-sama. Inilah kehidupan mereka. Kebanyakan mereka ni kaum Iban, pastu ada la juga kaum apa entah lagi.



Hari ketiga pergi kawasan rumah panjang. Tak la jauh sangat dari sekolah tu. Kawasan sekolah, rumah panjang dan rumah-rumah lain di sini memang saling berhubung dengan titi-titi tu. Sebab kawasan ni kan dekat sungai, selalu banjir, dengan titi-titi ni senang la nak bergerak bila banjir.

Hari keempat, rabu, sudah keluar ke bandar Bintulu semula, sebab kakak ada kursus. So berjalan-jalan di bandar la pulak kita sebelum terbang pulang ke semenanjung hari jumaat 12hb Oktober.


Selamat tinggal Nanga Penyarai..

Monday, October 1, 2012

30th September






Seorang sahabat telah buat aku menangis terharu pada jam 12.00am 30sept. Terima kasih, kita kawan sampai syurga!

Terharu juga kepada yang rajin menaip di susur masa.

Mizah, Mijah, Kak De, Siti..itu semua aku



Kita melalui proses makin hari makin bertambah umur kita. Tidak ada siapa boleh menjangka apa akan berlaku esok hari secara tepat, kita boleh menjangka mungkin, tetapi Allah 'azza wa jalla yang menentukan kehidupan kita..