Pages

Friday, August 24, 2012

Cerita Ramadan dan Syawal 1433h

Alhamdulillah..walaupun belum cukup baik seperti yang aku impikan, tetapi sekurang-kurangnya ianya lebih baik dari ramadan ku tahun-tahun yang lalu. Cuma, aku telah 'tewas' pada 3 ramadan terakhir. Hanya 3!

*****

27ramadan,
Aku sudah mula bercuti. Ambil kakak dari Bintulu di KLIA. Kemudian berbuka puasa dan tidur di Mantin di rumah ibu saudara.

28ramadan,
Mencari baju raya untuk adik di Nilai. Aku pun telah terbeli kain pasang. Uh..perempuan dan kain pasang memang tak dapat dielakkan. Sebagai perempuan berkerjaya yang ada kerja, baju kurung itu sangat penting. Kemudian misi 'shopping' terus dibawa sehingga ke Jalan TAR. Raya dan Jalan TAR entah mengapa memang tak dapat dipisahkan. Padahal tidak ada apa hendak dibeli sangat pun. Saja nak jalan-jalan sesakkan keadaan. Akhirnya terbeli juga la 3 balang kuih semprit dan beberapa helai tudung dan sampul duit raya. Sudah alang-alang kita di Jalan TAR, misi diteruskan hingga ke Sogo membawa hajat mencari seluar jeans untuk dua orang adik lelaki yang turut serta dalam misi ini. Tetapi akhirnya keluar dari Sogo dengan tangan kosong membawa penat dan lelah mengharungi lautan manusia kerana dalam banyak-banyak seluar jeans yang ada dalam Sogo itu, tidak ada satu pun yang berkenan dihati oleh dua orang adik lelaki aku itu.

29ramadan,
Mengemas rumah yang masih dalam constructions. Misi membuat kuih raya. Berjaya siapkan sejenis biskut sahaja

30ramadan,
Misi membuat kuih raya diteruskan. Berjaya siapkan 3 jenis lagi biskut raya. Malam terakhir ini, tiba-tiba kawasan sini menjadi seperti medan peperangan. Bunyi mercun, meriam buluh dan entah apa lagi yang memingitkan telah menenggelamkan alunan takbir raya di masjid. Hati sayu, ramadan telah tinggalkan kita. Ya Allah, pertemukanlah lagi aku dengan ramadan akan datang agar aku dapat lakukan lebih baik dari apa yang aku lakukan tahun ini.

1syawal,
Sedihnya, aku seorang je dalam rumah ini yang tak dapat pergi masjid bersembahyang raya :( Entah kenapa, aku tak berapa excited sangat nak beraya. Semuanya sederhana sahaja.  Lagipun 3 orang adik beradik aku yang lain tak dapat beraya sekali kerana kerja. Lepas zohor kami semua bertolak balik kampung di Temerloh. Dalam perjalanan, aku telah melanggar 2 ekor anak ayam yang sedang melintas jalan. Sungguh aku tak sengaja! ampunkan aku! 

2syawal,
Hari untuk menziarahi suadara mara!

3syawal,
Tak kemana-mana. Tetapi tengahhari tu budak-budak (sepupu-sepupu) ajak berjalan-jalan. Aku bawa mereka pusing-pusing bandar tapi tak berani nak singgah mana-mana. Seorang dewasa bersama 6 orang kanak-kanak berumur 3-7 tahun. Memang taklah! Tak pasal-pasal hilang anak orang. Habis pusing bandar, balik. Aku park kereta tengah panas (sebab dah tak ada tempat teduh). Aku naik ke rumah sambil lenggang-lenggang. Aku kedapur nak makan. Tiba-tiba aku dengar ada orang jerit. "Kak de (akula)!!! Auni tertinggal dalam kereta!". Pantas aku cari kunci kereta. Auni keluar dari kereta sambil menangis dan badanya berpeluh-peluh. Ya Allah, bersalahnya aku! maafkan aku! Aku rasa dalam 15minit jugalah si Auni 'terperangkap' dalam kereta tu. Sungguh aku tak tahu masih ada yang tertinggal dalam kereta tu :( Petang selepas zohor, pulang ke rumah (Raub)

4syawal,
Masa untuk beraya bersama kawan-kawan!


















Disebabkan ramai, tiap kali pergi rumah orang mesti ada yang kena bersila atas lantai. Pada hari itu aku telah menjadi 'bahan' untuk menceriakan keadaan. Tak apa, aku tak kisah. Nama pun kawan-kawan kan. LOL :p

5syawal,
Pergi Cameron Highlands bersama kakak dan adik-adik! Ramai juga orang kat sana, tapi tak lah sesak sangat. Masa nak keluar rumah pagi tu, kami semua terbau bangkai binatang. Busuk. Puas cari tapi tak jumpa mana datangnya bau itu. Akhirnya adik aku perasan ada something dekat bawah bumper kereta myvi. Rupanya anak ayam yang aku TERlanggar masa raya pertama haritu terlekat kat situ :p

6syawal,
Dah mula bekerja!

9syawal,
Insyaallah akan mula berpuasa 6. Mari sama-sama merebut ganjarannya sementara kita masih diberi peluang.

****

"Hampir seminggu berlalu terjawabkah doa Ramadanku? Jawapannya Allah sembunyikan dlm perbuatan pilihanku sendiri. Hidup ujian membuat pilihan" - di petik dari twitter saifulislam

No comments: