Pages

Monday, October 10, 2011

Lambaian Kaabah

Labaik Allahuma labaik. Labaika laa syariikalaka labaik. Innal hamda wani'mata lakal walmulk. Laa syariikalak. (aku datang kepada MU ya Allah, aku datang. Aku datang dengan tidak mensyirikan Engkau aku datang. Sesungguhnya segala kepujian kepada Engkau, segala ni'mat dari Engkau dan kerajaan kepunyaan Engkau. Tiada sekutu bagi Engkau)

Insyaallah mereka akan berangkat ke Kota Mekah pada 14hb Oktober ini. Penerbangan KT44 jam 4.30 petang. Esok dirumah selepas asar akan diadakan kenduri doa selamat sempena pemergian mereka ke Tanah Suci. Kami sekeluarga dan saudara mara akan menghantar mereka di Kompleks Tabung Haji Kelana Jaya. Semalam ada saudara mara berkungjung ke rumah kerana mereka tidak dapat datang , dan menghantar mereka nanti. Adik beradik semua akan pulang nanti. 

Gembira, terharu, sedih, sebak..perasaan yang bercampur baur sekarang.

Doaku, lindungilah dan permudahkanlah ibadah mereka Ya Allah. Amin..

No comments: