Pages

Sunday, October 30, 2011

Dzulhijjah dah datang

Sabda Nabi s.a.w  "tidak ada hari-hari yang lebih baik di sisi Allah untuk dilakukan amalan kebaikan yang selain sepuluh hari terawal dalam bulan dzulhijjah"

Imam Ahmad r.a. dari Ibnu Umar r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, "Tiada suatu haripun, amalan kebaikan padanya mempunyai kelebihan melainkan pada hari-hari 10 Zulhijjah ini, oleh kerana itu perbanyakkanlah padanya tahlil (La Ilaha Illa Allah), takbir (Allah Akbar) dan tahmid (Alhamdu Lillah)"

Amalan Yang Dianjurkan Pada 10 Hari Pertama Bulan Zulhijjah

Solat

Disunatkan untuk sentiasa bersegera mengerjakan solat fardhu berjemaah dan memperbanyakkan solat sunat kerana ini merupakan salah satu ibadah yang paling utama untuk  mendekatkan diri kepada Allah Ta’ala. Diriwayatkan bahawa Thauban r.anhu berkata: Saya mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:
"Hendaklah kalian memperbanyakkan sujud kepada Allah Ta’ala kerana setiap kali kamu bersujud, maka Allah Ta’ala mengangkat kedudukanmu dan menghapuskan kesalahanmu" -Riwayat Muslim.

Puasa

Diriwayatkan oleh Al-Bukhari dan Muslim dari hadits Abi Sa’id Al-Khudri radhiallahu anhu berkata:
Aku telah mendengar Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam bersabda: "Barangsiapa yang berpuasa satu hari di jalan Allah maka Allah akan menjauhkan wajahnya dari api neraka sejauh tujuh puluh tahun" -Al-Bukhari no: 2840 dan Muslim no: 1153.

Diriwayatkan oleh Imam Ahmad,Abu Daud dan Nasa’i dari hadits Hunaidah Bin Khalid dari isterinya dari sebahagian isteri-isteri Rasulullah s.a.w bersabda: "Rasulullah s.a.w berpuasa pada sembilan Zulhijjah,Sepuluh Muharram dan tiga hari setiap bulan"

Imam Nawawi berkata: "Puasa pada 10 hari pertama bulan Zulhijjah merupakan sunnah yang sangat dititik beratkan"

Takbir,Tahlil dan Tahmid Kepada Allah Ta’ala

Di dalam sebuah hadis yang telah diriwayatkan oleh Ibnu Umar r.anhu,katanya:
"Perbanyakkanlah Tahlil,Takbir dan Tahmid" -Musnad Imam Ahmad: 9/323-324 no: 5446 dan para muhaqqiq hadis ini berkata: Hadis sahih.

Imam Bukhari berkata: Suatu hari, Ibnu Umar dan Abu Hurairah r.anhuma keluar ke pasar pada 10 hari pertama bulan Zulhijjah, mereka berdua bertakbir dan orang ramai pun turut serta bertakbir bersama mereka berdua. Beliau juga berkata: Umar r.anhu telah bertakbir di dalam khemahnya di Mina dan telah didengari oleh mereka yang berada di dalam masjid, lalu mereka bertakbir dan orang-orang yang berda di pasar turut serta bertakbir hinggakan Mina bergema dengan Takbir.

Lafaz Tahlil : لا إله إلا الله (Tiada Tuhan Yang Berhak Disembah Melainkan Allah)

Lafaz Tahmid : الحمد لله (Segala Puji Hanya Bagi Allah)

Contoh lafaz yang dianjurkan : الله أكبر الله أكبر لا إله إلا الله الله أكبر الله أكبر ولله الحمد

Puasa Hari Arafah

Puasa pada Hari Arafah (9 Zulhijjah) sangat-sangat dianjurkan bagi mereka yang tidak menunaikan haji pada hari tersebut sepertimana dalam satu hadits Rasulullah s.a.w bersabda: "Aku berharap kepada Allah agar dihapuskan dosa setahun sebelumnya dan setahun sesudahnya" -Muslim: 2/819 no: 1162 dan Al-Turmudzi no: 143 no: 749.

Namun begitu,bagi sesiapa yang sedang menunaikan haji pada hari tersebut mereka tidak disunahkan untuk berpuasa kerana Rasulullah wuquf di Arafah tanpa berpuasa.

Menunaikan Haji Bagi Yang Mampu

Firman Allah Ta’ala:

وَلِله عَلَى النَّاسِ حِجُّ الْبَيْتِ مَنِ اسْتَطَاعَ إِلَيْهِ سَبِيلاً وَمَن كَفَرَ فَإِنَّ الله غَنِيٌّ عَنِ الْعَالَمِينَ

"Mengerjakan haji adalah kewajiban manusia terhadap Allah, yaitu (bagi) orang yang sanggup mengadakan perjalanan ke Baitullah; (Barang siapa mengingkari kewajiban haji), maka sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak memerlukan sesuatu) dari alam semesta" -QS. Ali Imron: 97.

Ini merupakan kemuncak ibadah pada bulan Zulhijjah. Bagi sesiapa yang berkemampuan untuk menunaikan haji, maka diwajibkan kepadanya untuk menyempurnakan rukun islam yang kelima ini dan merupakan sebaik-baik amalan bertaqarrub kepada Allah Ta’ala.

Diriwayatkan oleh Muslim di dalam kitab shahihnya dari Ibnu Umar bahawa Nabi shallallahu alaihi wa sallam bersabda: "Islam dibangun di atas lima rukun: Bersaksi bahwa tiada tuhan yang berhak disembah dengan sebenarnya kecuali Allah dan Muhammad adalah utusan Allah, mendirikan shalat, menunaikan zakat, berhaji dan berpuasa" -Al-Bukhari no: 8 dan Muslim no: 16.

Salam,

No comments: