Pages

Wednesday, November 9, 2011

Sambung cuti lagi dan Raya Haji

Setelah empat hari berturut-turut cuti sempena hari raya Aidiladha..semalam selasa dah masuk kerja. Tapi hari ini dan esok sambung cuti lagi :) Cuti lagi...tapi dua hari ini hanya duduk dirumah. Tak ada perancangan pun untuk kemana-mana.

Masih belum terlambat untuk bercakap mengenai hari raya Aidiladha kan..hari raya ini juga disebut hari raya Haji dan hari raya Korban. Kita orang Islam menyambutnya pada hari kesepuluh, kesebelas, keduabelas dan ketigabelas dzulhijjah pada setiap tahun. Hari raya ini sangat istimewa dan seharusnya kita raikan dengan meriah berbanding dengan hari raya Aidilfitri. Kita menyambut hari raya Aidiladha bagi mengingati pengorbanan Nabi Ibrahim untuk melaksanakan perintah Allah dan kesabaran anaknya Nabi Ismail untuk memenuhi perintah Allah itu. Sebenarnya banyak lagi peristiwa dan sejarah penting Islam berlaku dalam bulan Dzulhijjah. Dzulhijjah juga dikenali bulan Haji. Umat Islam seluruh dunia berkumpul di Kota Mekah bagi melaksanakan Ibadah Haji pada waktu ini. 

Hari raya hari tu kami enam beradik balik ke Temerloh. Pagi-pagi selepas sembahyang raya disini kami terus gerak ke Temerloh. Meriah sangat disana. Ramai orang..dan sangat meriah dengan daging korban. Semua orang sibuk 'mengerjakan' daging lembu. Petang tu makan bihun sup tulang dan nasi minyak dengan kari daging. Alhamdulillah rezeki kami. Malam tu kami terus balik kesini. Tuntutan tugas masing-masing menghadkan masa untuk kami berlama-lama disana. Gambar sekeping pun tak ada snap sebab memang tak ada hati langsung nak bergambar. Mungkin ketiadaan lagi empat orang ahli keluarga bersama kami ketika itu. 

Hari ini sudah tigabelas Dzulhijjah..menurut abah yang telefon dua hari lalu, hari ini mereka akan bergerak kembali ke Mekah dari Arafah. Alhamdulillah mereka sihat-sihat sahaja disana. Cuma kadang-kadang hanya batuk-batuk disebabkan cuaca yang panas di waktu siang dan sejuk di waktu malam.

Oh minggu depan dah start cuti sekolah. Yeayy!


No comments: