Pages

Sunday, November 27, 2011

Kenduri marathon

Baru lepas tengok bola. Malaysia tewas kepada Bahrain 3-2. Oh sedih jugalah sebab permulaannya Malaysia mendahului dengan 2-0. Tapi adatlah bermain, ada menang ada kalah. Syabas pasukan Malaysia! anda dah buat yang terbaik sebenarnya.

Cuti sempena Maal Hijrah hari ini, banyak orang buat kenduri kahwin. Lalu sini..jalan tutup, lalu sana..jalan tutup. Rumah-rumah orang di Felda ni dah besar-besar, tak ada ruang dah kawasan di rumah nak bina khemah, terpaksalah jalanraya digunakan untuk tempat tetamu nak makan. Nasiblah jalan banyak kan..

Musim hujan-hujan ni, bagus juga banyak kenduri. Boleh kenyangkan perut dengan suka hati :p Tiga buah kenduri dalam masa tiga jam berjaya dilakukan tadi. Alhamdulillah sangat kenyang.


Merahnya makngah! Sedang menulis ucapan kepada pengantin.

Mula-mula janji dengan rakan-rakan sebaya pergi rumah pertama pada jam 12.30tgh -makan, borak-borak, tengok pengantin , ambil gambar- Itu jelah aktiviti pun kalau datang kenduri orang kawin kan.


Eh tiba-tiba tak faham kenapa ada elemen kebluran disitu. Padahal meriah dan cantik kot meja pengantin tu. Terima jelah..malas nak edit balik :p Apapun, tahniah dan selamat pengantin baru buat Fidah dan Nazri!

Kemudian hampir pukul dua rombongan kami [ceh ayat..haha] ke rumah pengantin kedua. Pengantin lelaki ni classmate kami dulu. Kahwin dah kamu ye Mahfuz. Rumah dia ni makan sikit je sebab rumah pertama tadi makan banyak la juga.


Semoga kekal bahagia buat Mahfuz dan isteri. Agak-agak kamu dah kahwin ni, ada lagi tak ceramah-ceramah yang akan kamu bagi pada kami..hehe. Sampai pukul berapa entah lepak rumah dia ni, hampir pukul tiga gak kot, tetamu semua dah tak ada. Kami je yang tinggal, biasalah kawan-kawan jarang jumpa borak-borak je lebih.

Seterusnya menuju pula kami ke rumah orang bertunang, memang plan nak pergi rumah kawan tunang tu lewat-lewat sikit. Bertunang je pun kan. Biar orang selesai majlis dulu. Memang pun, kami sampai rumah Azma, keluarga belah lelaki baru je pulang, acara baru je selesai. Masuk je rumah dia, ajak Azma bergambar. Macam wajib je kan ambil gambar pengantin ataupun petunang ni.


Cantik kamu Azma. Digandingkan pula cik merah menyala itu. Lagi tambah berseri-seri kan [eh eh] . Tapi kenapa kamu tidak mahu melihat kemera saya? dan kenapa saya buat muka sedih disitu? [abaikan]

Soalan cepumas yang orang akan tanya bila menghadiri kenduri orang kahwin. Kamu bila lagi? Penat tau saya nak jawab soalan-soalan seperti ini. :p



Dan sebagai penutup karangan.. 


Kahkah..tak tau kenapa nak gelak tengah gambar ni.


Wasalam dan Selamat malam,

No comments: