Pages

Saturday, December 31, 2011

Ku Hijrahkan Doa


Kata-kata akhir tahun 2011?
Ucapan sempena menyambut tahun baru 2012?

Semua orang sedang bercakap mengenai kedatangn tahun baru ini. Tengok di news feed semuanya berstatus azam tahun baru, list di timeline pun sama semuanya bercakap tentang welcoming the new year, bloglist di sidebar blog ni pun tengok title entry happy new year la, selamat tinggal 2011 la. So kita pun jangan buat-buat diam, pasti semua orang ada dan banyak perkara nak cakap kan. Adalah juga modal nak up entry baru :p

Sama seperti kedatangan tahun baru 1433 Hijrah..pastinya kita nak yang lebih baik dari tahun sebelum ini. Kalau nak cakap pasal azam rasanya tak terluah semuanya. Banyak yang nak, banyak yang diinginkan :p Biarlah keinginan dan azam itu tersimpan sendiri, tak perlu kot nak hebah-hebahkan. Apa yang paling penting azam untuk terus mencapai keredhaan dan rahmat Allah lah yang paling utama.

Alhamdulillah syukur..perjalanan 2011 berjaya ditempuhi. Tahun ini perjalanan lebih mudah berbanding tahun sebelum ini. Dia berikan peluang untuk saya memandu 'kereta auto'. Sedikit mudah berbanding 'kereta manual'. Perjalanan jauh menjadi sedikit lancar, ditambah kemudahan jalan raya yang bertar begitu selesa untuk dilalui. Kalau penat, berehat sebentar dan tunaikan kewajipan di kawasan R&R. Kedai makan banyak ditepi-tepi jalan kalau lapar. Kalau hujan sepanjang perjalanan, pandu perlahan-perlahan biar lambat tak apa asal selamat tak tergelincir. Kalau cuaca baik dan tak ada halangan boleh tekan minyak laju sikit agar cepat sampai tetapi tidaklah sampai melebihi had laju yang dibenarkan. Nanti tak pasal-pasal kena saman. Pernah juga tayar pancit ditengah perjalanan, terpaksalah tukar tayar baru. Penat jugalah nak tukar tayar baru ni. Kadang kala hampir juga berlaku perlanggaran dengan kenderaan lain akibat terleka dan kelalaian diri sendiri, diri kembali beristighfar dan meneruskan perjalanan dengan lebih berhati-hati. Alhamdulillah..saya sampai jua ke destinasi 'sementara' ini dengan selamat. Insyaallah..saya akan teruskan perjalanan ini kerana perjalanan ini tidak akan pernah berakhir sehinggalah akan tiba ke destinasi terakhir kita 'disana' nanti.


Sebenarnya sambil taip ni sambil tengok cerita lakonan Zamarul Hisham & Bell Nasri tajuknya Ku Hijrahkan Doa. Cerita ni pernah keluar di tv9 minggu lalu rasanya. Ni saya baru tengok di malaymoviesfull.net. Sebab tu lah tajuk entry ini jadi ku hijrahkan doa.


"Ucaplah Alhamdulillah  
Syukur kita kepada Allah  
Selawat ke atas nabi Muhammad ya Rasulullah 
Tanda syukur itulah taat  
Setiap tempat setiap waktu  
Syukur itu dapat dilihat  
Pada  sikap dan tingkah laku  
Marilah bersama kita bersyukur  
Kepada Allah kita bersyukur 
Syukur itu sifat mulia  
Hindar dari tamak haloba  
Rasa cukup apa yang ada  
Hati tenang hidup sejahtera  
Marilah amalkan rasa bersyukur  
Hidup bahagia aman dan makmur 
Syukur Alhamdulillah  
Syukur itu banyak caranya  
Taat beribadah  tekun berusaha  
Saling membantu berkasih sayang  
Murah senyuman hulur sedekah  
Marilah kita beramal bersama  
Rasa bersyukur kita suburkan" 


Alhamdulillah..kita masih diberi peluang untuk sampai ke tahun 2012. Salam dan selamat tahun baru 2012!

1 comment:

Mama Naufal said...

1001 mkna.....semoga kite sama2 selamat smpai ke destinsi...selamat tahun baru 2012 mizah hehe