Pages

Friday, December 9, 2011

Alahai kerjaku...

Saya tak ada cerita untuk dikisahkan tapi tangan saya tetap nak klik pada new post. Jadi apa saya nak taip ni? Inilah akibatnya bila orang nak berblog, kita pun nak berblog. Jadi beginilah. Blog tak berkualitilah ia. Hahah..  

Biasalah bila pada waktu kerja, tapi tiada kerja yang ingin dikerjakan. Siapa yang tak biasa tak buat kerja, mesti akan rasa boring kerja ditempat macam ni...:p Tapi saya suka, tak ada tekanan langsung. Biasanya bila tak ada kelas atau bila tak ada orang nak datang belajar. Beginilah jadinya..facebooking, blog walking, chatting, ataupun tonton cerita atau movie online. Best tak kerja macam ni...:p Tapi 'projek' baru yang sedang dilaksanakan sekarang sejak tiga bulan lalu, masa senggang itu agak terhad la juga.

Ha..ni baru je dapat email dari majikan, ada kerja baru perlu dilaksanakan pada hari selasa 13hb Dis ni. Alahai kenapalah waktu kenduri kahwin kawan baik saya masa sekolah itulah mereka nak buat program ni. Saya dah mula tak senang duduk ni. Program tu wajib kami hadir. Kalau dekat kawasan ini sahaja tak apalah, tengahari saya boleh 'lari' sekejap pergi rumah kawan kahwin tu. Tapi..ini kerja diluar kawasan. Mengikut tentatif, program tu habis jam 2 petang. Program habis pun macamlah kami boleh terus balik, paling awal pun boleh balik pukul 3-4 petang. Alahai..macam mana ni. Gila lah..memang akan rasa bersalah sangat lah bila tak datang kenduri kahwin dia ni. Dia ni kawan rapat sangat masa sekolah walaupun bila dah tamat sekolah kami dah tak berapa rapat. Jangan pelik kenapa dia buat kenduri kahwin hari selasa 13hb ni. Biasalah cuti sekolah. Hujung minggu semua full katanya. Lagipun dia nak tarikh cantik 13.12.11 untuk majlisnya itu. Tambah pula dia ni kerja di hotel, kawan-kawan kerja dia senang sikit nak datang bila buat weekdays berbanding weekend. Dahla tak beli hadiah apa-apa lagi ni. Alahai macam mana ni...:p

Eh bila movie Ombak Rindu nak keluar ni. Biasalah bila tinggal didaerah yang tak ada pawagam..kenalah tunggu orang upload dulu, free pun free kan :p


Gambar awesome ni sengaja disertakan bagi memeriahkan karangan hari ini..:p

Sekian, Wasalam..

2 comments:

salina said...

ala siannyer,,,takper akak bg mizah g..:)

HamizaH said...

sempat ke nak pg nnt kak..huhu