Pages

Thursday, February 2, 2012

Jalan yang buat aku keliru

Suatu ketika dulu aku selesa dijalan ini.
Tanpa menoleh kebelakang, aku terus berjalan dan berjalan.
Yang aku tahu aku ingin sampai ke destinasi di penghujung jalan ini walaupun aku tak pasti bila dan bagaimanakah penghujungnya itu.

Sampai suatu ketika sesuatu terjadi.
Aku nampak ada satu jalan lain.
Eh tak sebenarnya aku diberi satu lagi jalan.
Ya, aku diberi pilihan.
Pilihan jalan untuk aku sampai ke destinasi itu.
Pilihan bermakna aku harus memilih
Sudah, aku keliru.

Aku tak nampak apa kurangnya jalan pertama yang aku lalui, cuma aku tak pasti berapa jauh lagi jalan ini harus aku lalui untuk aku sampai ke destinasi itu.
Jalan yang satu ini lagi, aku tak nampak dimana kelebihannya, cuma aku tahu jalan ini semakin hampir untuk aku sampai ke destinasi itu.
Sudah, aku keliru.

[tiba-tiba terngiang-ngiang pesanan encik Maher Zain]
Showed me the wayyyy
Insya Allah, we'll find the way.


psssttt : penggunaan 'aku' dan 'saya' disesuaikan mengikut keadaan dan masa

Monday, January 23, 2012

Luahan di dinding

Tahukah kamu apa makna WALL ?
Ia memberi makna DINDING.

Kenapa ‘dinding’?

Siapakah yang mewujudkan FB?
Mark Zuckerberg, seorang berbangsa YAHUDI.

Apa kaitan WALL dan YAHUDI?

Kaitan mereka sangat ERAT dan MESRA ; DINDING RATAPAN. Di dinding itu mereka menangisi dosa-dosa mereka, meluahkan harapan, ratapan dan segala-galanya.

Oleh itu, saya dan kamu jangan jadikan WALL FB ini sebagai tempat luahan perasaan seperti mereka. Tapi jadikan ia sebagai tempat perkongsian apa sahaja ILMU yang memberi manfaat kepada umat Muhammad صلى الله عليه وسلم walaupun hanya kepada seorang.





















Status Diri

Tentang status dan luahan perasaan di FB ini, sedikit sebanyak mencerminkan diri kita kan. Walaupun tidaklah 100% namun ketika kita meluahkan pelbagai hal, ia menggambarkan jelas tentang diri kita.

Adakah kita seorang yang suka merungut.
Adakah kita seorang yang tidak sabar.
Adakah kita seorang yang dengki.
Adakah kita seorang yang sukar menerima.
Adakah kita seorang yang suka mengeluh.
Adakah kita seorang yang suka menunjuk-nunjuk.
Adakah kita seorang yang kuat makan (Asyik cerita makan je).
Adakah kita seorang yang suka menyalahkan orang.
Adakah kita seorang yang rasa diri betul orang lain salah.
Adakah kita seorang yang gedik.
Adakah kita seorang yang tinggi ego.
Adakah kita seorang yang materialistik.

Kita tidak boleh menuduh sesiapa memiliki semua itu dengan hanya melihat statusnya. Memang status itu tidak boleh dijadikan bukti bahawa seseorang itu sedemikian. Namun sedikit sebanyak kita mampu juga kenal kerana apa yang kita tulis... itulah yang ada di fikiran kita dan itulah yang sedang kita fikir dan berhadapan.

Wasalam,

[artikel asal dari FB]


Saturday, January 14, 2012

Nothing


































Tak perlu nak bermegah dengan apa yang kita ada. Tak perlu nak berlagak dengan apa yang kita dapat. Tak perlu nak buat macam semuanya kita saja yang tahu. Errrkkk..tapi ni bukan ditujukan buat watak-watak diatas :p

Wasalam,