Pages

Monday, January 23, 2012

Luahan di dinding

Tahukah kamu apa makna WALL ?
Ia memberi makna DINDING.

Kenapa ‘dinding’?

Siapakah yang mewujudkan FB?
Mark Zuckerberg, seorang berbangsa YAHUDI.

Apa kaitan WALL dan YAHUDI?

Kaitan mereka sangat ERAT dan MESRA ; DINDING RATAPAN. Di dinding itu mereka menangisi dosa-dosa mereka, meluahkan harapan, ratapan dan segala-galanya.

Oleh itu, saya dan kamu jangan jadikan WALL FB ini sebagai tempat luahan perasaan seperti mereka. Tapi jadikan ia sebagai tempat perkongsian apa sahaja ILMU yang memberi manfaat kepada umat Muhammad صلى الله عليه وسلم walaupun hanya kepada seorang.





















Status Diri

Tentang status dan luahan perasaan di FB ini, sedikit sebanyak mencerminkan diri kita kan. Walaupun tidaklah 100% namun ketika kita meluahkan pelbagai hal, ia menggambarkan jelas tentang diri kita.

Adakah kita seorang yang suka merungut.
Adakah kita seorang yang tidak sabar.
Adakah kita seorang yang dengki.
Adakah kita seorang yang sukar menerima.
Adakah kita seorang yang suka mengeluh.
Adakah kita seorang yang suka menunjuk-nunjuk.
Adakah kita seorang yang kuat makan (Asyik cerita makan je).
Adakah kita seorang yang suka menyalahkan orang.
Adakah kita seorang yang rasa diri betul orang lain salah.
Adakah kita seorang yang gedik.
Adakah kita seorang yang tinggi ego.
Adakah kita seorang yang materialistik.

Kita tidak boleh menuduh sesiapa memiliki semua itu dengan hanya melihat statusnya. Memang status itu tidak boleh dijadikan bukti bahawa seseorang itu sedemikian. Namun sedikit sebanyak kita mampu juga kenal kerana apa yang kita tulis... itulah yang ada di fikiran kita dan itulah yang sedang kita fikir dan berhadapan.

Wasalam,

[artikel asal dari FB]


No comments: