Pages

Showing posts with label saya saja. Show all posts
Showing posts with label saya saja. Show all posts

Thursday, March 29, 2012

Terukir di bintang

Ku buka. Niat hati hendak mencoret berpatah kata. Ku lihat di ruangan putih dengan pandangan kosong. Walau jari mula mahu menekan-nekan papan kekunci, namu masih tiada arahan dari otak. Otak gagal memberi arahan, tiada arahan maka tiada tindakan yang akan dibuat. Masih kaku. Akhirnya tangan kanan mencapai tetikus. Butang 'close' dipilih. Ku keluar tanpa meninggalkan apa-apa. Beginilah selalu. Akhirnya berbulan tanpa perubahan. 

Bukan tiada cerita. Kerana terlalu banyak cerita, tidak tahu hendak mulakan dari mana. Malahan masih keliru, adakah perlu atau tidak bercerita disini. Perlu ke? akhirnya ambil jalan mudah..tak perlu cerita apa-apa. Begitulah..akhirnya sepi lah jadinya tanpa cerita.

Kehidupan berjalan seperti biasa, pada fizikalnya tidak ada apa-apa perubahan besar. Tapi mungkin batinnya, terlalu banyak perubahan. Ahhh..terlalu payah hendak ditulis tentang ini. Tentang hati dan perasaan. Biarlah antara aku dan Dia saja yang tahu.


Eh tiba-tiba rasa macam entri ini ada lagu latarbelakang, lagu Yuna sayup-sayup bermain sendiri.

Nah saksikan dan dengarkan Terukir Di Bintang



*Cuba membayangkan macamana nak mengukir di bintang tu ye...


Friday, January 6, 2012

Buku pink

Hari tu dalam dua minggu lepas [kot], tak ingat berapa haribulan tapi saya ingat time tu hari Jumaat. Ayu datang pjk melawat kawannya ini, Ana baru habis buat kelas. So kami pun berborak-borak kosong. User pun tak ada rasanya time tu. Tiba-tiba datang lah seorang brader nih. Dia masuk je di pintu saya dah nampak dia pegang sebuah buku tebal warna pink. So dah tahu ni mesti datang nak jual barang. Jawab je salam brader tu sambil senyum, terus sambung berborak dengan Ayu [eh macam kejam je kan]. Mungkin brader tu nampak kami macam tak berminat, dia pun terus tegur Ana. Analah yang layan brader tu pada mulanya. Tapi sambil tu saya dengar-dengar lah apa brader tu cerita tentang buku yang dia bawa tu pada Ana. Jeling-jeling sikit tengok buku tebal warna pink tu. Memang tebal betul. Macam cantiklah pula cover buku tu. So saya pun datang lah dekat, tanya sikit-sikit. Brader tu cakap harga buku tu asalnya rm290.00 [saya dengar sambil telan air liur]. TAPI [trick salesman]..ada diskaun pastu buku tu boleh ambil dulu dengan meletakkan bayaran serendah rm10, boleh bawa balik rumah belek-belek dulu, kalau berminat sebulan lagi dia akan datang semula tuntut bayaran selebihnya. Kalau tak nak pulangkanlah semula pada brader tu nanti. Kalau nak khatamkan dalam masa sebulan tu pun boleh, then cakap saya tak nak beli [eh]. Lagi satu misal kata tempoh sebulan tu kita duk belek-belek baca then ada kerosakkan pada buku tu, nanti bila brader tu datang bagitahu kita betul-betul nak beli dia boleh bagi kita buku yang baru. Tak tahulah strategi apa yang dorang nih guna, tapi saya macam susah nak tolak. Yelah buku kan, ilmu tu. Bukan novel atau buku hiburan pun. Jadi saya dan Ana pun terus setuju nak. Bayar rm10 boleh bawa balik dah. Hujung bulan ni brader tu datang lah tuntut bayaran selebihnya. Kat rumah bila belek-belek..isshh memang tak rugi langsung saya laburkan rm200++ untuk buku ni. Memang sayalah yang rugi kalau tak ambil hari tu. Buku ni siap ada sarung/cover yang tebal lagi. 

Wanita Dalam Islam ; Kemusykilan & Panduan





Buku ini jenis Q&A. Tapi questions dia bila saya baca macam saya sendiri yang tanya. Tentang dari kelahiran sehinggalah kematian. Tengoklah design dalam buku ni, berkerawang-kerawang. Alhamdulillah memang sangat tak rugi sesiapa yang membelinya.


*all pics from facebook Wanita Dalam Islam [Kemusykilan dan Panduan]

Saturday, December 31, 2011

Ku Hijrahkan Doa


Kata-kata akhir tahun 2011?
Ucapan sempena menyambut tahun baru 2012?

Semua orang sedang bercakap mengenai kedatangn tahun baru ini. Tengok di news feed semuanya berstatus azam tahun baru, list di timeline pun sama semuanya bercakap tentang welcoming the new year, bloglist di sidebar blog ni pun tengok title entry happy new year la, selamat tinggal 2011 la. So kita pun jangan buat-buat diam, pasti semua orang ada dan banyak perkara nak cakap kan. Adalah juga modal nak up entry baru :p

Sama seperti kedatangan tahun baru 1433 Hijrah..pastinya kita nak yang lebih baik dari tahun sebelum ini. Kalau nak cakap pasal azam rasanya tak terluah semuanya. Banyak yang nak, banyak yang diinginkan :p Biarlah keinginan dan azam itu tersimpan sendiri, tak perlu kot nak hebah-hebahkan. Apa yang paling penting azam untuk terus mencapai keredhaan dan rahmat Allah lah yang paling utama.

Alhamdulillah syukur..perjalanan 2011 berjaya ditempuhi. Tahun ini perjalanan lebih mudah berbanding tahun sebelum ini. Dia berikan peluang untuk saya memandu 'kereta auto'. Sedikit mudah berbanding 'kereta manual'. Perjalanan jauh menjadi sedikit lancar, ditambah kemudahan jalan raya yang bertar begitu selesa untuk dilalui. Kalau penat, berehat sebentar dan tunaikan kewajipan di kawasan R&R. Kedai makan banyak ditepi-tepi jalan kalau lapar. Kalau hujan sepanjang perjalanan, pandu perlahan-perlahan biar lambat tak apa asal selamat tak tergelincir. Kalau cuaca baik dan tak ada halangan boleh tekan minyak laju sikit agar cepat sampai tetapi tidaklah sampai melebihi had laju yang dibenarkan. Nanti tak pasal-pasal kena saman. Pernah juga tayar pancit ditengah perjalanan, terpaksalah tukar tayar baru. Penat jugalah nak tukar tayar baru ni. Kadang kala hampir juga berlaku perlanggaran dengan kenderaan lain akibat terleka dan kelalaian diri sendiri, diri kembali beristighfar dan meneruskan perjalanan dengan lebih berhati-hati. Alhamdulillah..saya sampai jua ke destinasi 'sementara' ini dengan selamat. Insyaallah..saya akan teruskan perjalanan ini kerana perjalanan ini tidak akan pernah berakhir sehinggalah akan tiba ke destinasi terakhir kita 'disana' nanti.


Sebenarnya sambil taip ni sambil tengok cerita lakonan Zamarul Hisham & Bell Nasri tajuknya Ku Hijrahkan Doa. Cerita ni pernah keluar di tv9 minggu lalu rasanya. Ni saya baru tengok di malaymoviesfull.net. Sebab tu lah tajuk entry ini jadi ku hijrahkan doa.


"Ucaplah Alhamdulillah  
Syukur kita kepada Allah  
Selawat ke atas nabi Muhammad ya Rasulullah 
Tanda syukur itulah taat  
Setiap tempat setiap waktu  
Syukur itu dapat dilihat  
Pada  sikap dan tingkah laku  
Marilah bersama kita bersyukur  
Kepada Allah kita bersyukur 
Syukur itu sifat mulia  
Hindar dari tamak haloba  
Rasa cukup apa yang ada  
Hati tenang hidup sejahtera  
Marilah amalkan rasa bersyukur  
Hidup bahagia aman dan makmur 
Syukur Alhamdulillah  
Syukur itu banyak caranya  
Taat beribadah  tekun berusaha  
Saling membantu berkasih sayang  
Murah senyuman hulur sedekah  
Marilah kita beramal bersama  
Rasa bersyukur kita suburkan" 


Alhamdulillah..kita masih diberi peluang untuk sampai ke tahun 2012. Salam dan selamat tahun baru 2012!

Friday, November 18, 2011

Cerita budak sekolah

Semalam pergi sekolah adik untuk ambil duit rm100 untuk setiap pelajar tu. Almaklumlah sejak sebulan menjadi penjaga kepada dua orang adik ni, so kenalah laksanakan tanggungjawab yang satu ni, ambil duit bantuan tu. Tak susah pun, sampai sekolah tu, tunjuk ic sign borang cikgu terus bagi rm200 sebab dua orang. Orang pun tak ramai sebab saya datang pun dah 12.30 tengahari.

Agak-agak berapa juta kerajaan peruntukan duit bantuan ni kan. Syukur Alhamdulillah rezeki budak-budak sekolah.

Eh sebenrnya sebelum pergi sekolah menengah tu, saya pergi sekolah tabika. Ada penyampaian sijil untuk budak-budak tabika. He..sebenarnya cikgu sekolah tu minta tolong jadi juri untuk pertandingan pakaian beragam. Masa mula-mula cikgu tu tanya minta tolong empat hari sebelum hari kejadian, saya pun macam.. 'oh okay senang je tu'. Kira tak membantahlah.

Tapi...semalam bila tengok budak-budak yang pakaian mereka memang pelbagai ragam dan gaya..Ya Allah boleh ke ni? Takutnya kalau tak berlaku adil. Tapi dengan kekentalan yang jitu, tanggungjawab berkenaan selesai juga dilaksanakan. Harap adil dan saksama lah semalam. Hee. Eh tapi juri dua orang. Memang tak ada kata pilih kasih ke syok sendiri ke apa kan.


Ini dia ragam pakaian mereka. Antara pemenang yang berjaya menambat hati juri. Yang pakai baju taekwando tu siap bersilat atas stage. Bersilat ok bukan bertaekwando!

Tiba-tiba masa penyampaian hadiah MC panggil nama saya ambil hadiah. Eh ada hadiah cenderahati untuk juri. Ingatkan tolong je..rupanya ada cenderahati...


Besar juga okay cenderahti ni.. Terima kasih cikgu!

Tuesday, November 15, 2011

Mimpi



Kejadian mimpi malam kelmarin. Sebenarnya selalu je mimpi pelik-pelik ni. Tapi tak pernah fikir apa-apa, anggap sahaja mainan tidur. Kalau salah tafsir, lain jadinya nanti kan. Tapi semalam saja la nak tanya kawan tentang ni. Dikelilingi orang yang suka main-main? Wallahu a'lam...

* Baru terbaca satu artikel..hati-hati menulis perkataan Wallahu a'lam. Kebanyakan orang menulis dengan ejaan Wallahu 'alam (beza koma diatas), itu salah. Wallahu a'lam ertinya "Dan Allah lebih tahu atau Yang Mahatahu / Maha Mengetahui". Tetapi Wallahu 'alam adalah lain ertinya seperti "Dan Allah itu alam".


Mengenai mimpi tadi, tidak semua mimpi dapat ditafsirkan makna yang terkandung didalamnya. Ada kalanya mimpi bagaikan angin lalu namun ada yang benar-benar menjadi kenyataan. Mimpi insan yang bertakwa merupakan perkhabaran yang akan berlaku, kerana Rasulullah tidak bermimpi melainkan mimpi baginda menjadi kenyataan. Sedangkan mimpi insan yang tidak beriman merupakan berita yang disebarkan oleh syaitan.

Dalam suatu riwayat dikisahkan, seorang wanita bertanya, "Wahai Rasulullah, sesungguhnya saya bermimpi melihat sebahagian tubuh baginda berada di rumahku". Baginda menjawab, "Sesungguhnya Fatimah akan melahirkan seorang anak lelaki, kemudian engkau yang akan menyusukannya". Tidak lama kemudian Fatimah melahirkan Hussein dan disusukan oleh wanita tersebut. Sesungguhnya mimpi itu dapat ditafsirkan, namun tidak semua orang mampu menafsirkan kebenarannya.  [sumber : halaqah.net]


Wednesday, November 9, 2011

Sambung cuti lagi dan Raya Haji

Setelah empat hari berturut-turut cuti sempena hari raya Aidiladha..semalam selasa dah masuk kerja. Tapi hari ini dan esok sambung cuti lagi :) Cuti lagi...tapi dua hari ini hanya duduk dirumah. Tak ada perancangan pun untuk kemana-mana.

Masih belum terlambat untuk bercakap mengenai hari raya Aidiladha kan..hari raya ini juga disebut hari raya Haji dan hari raya Korban. Kita orang Islam menyambutnya pada hari kesepuluh, kesebelas, keduabelas dan ketigabelas dzulhijjah pada setiap tahun. Hari raya ini sangat istimewa dan seharusnya kita raikan dengan meriah berbanding dengan hari raya Aidilfitri. Kita menyambut hari raya Aidiladha bagi mengingati pengorbanan Nabi Ibrahim untuk melaksanakan perintah Allah dan kesabaran anaknya Nabi Ismail untuk memenuhi perintah Allah itu. Sebenarnya banyak lagi peristiwa dan sejarah penting Islam berlaku dalam bulan Dzulhijjah. Dzulhijjah juga dikenali bulan Haji. Umat Islam seluruh dunia berkumpul di Kota Mekah bagi melaksanakan Ibadah Haji pada waktu ini. 

Hari raya hari tu kami enam beradik balik ke Temerloh. Pagi-pagi selepas sembahyang raya disini kami terus gerak ke Temerloh. Meriah sangat disana. Ramai orang..dan sangat meriah dengan daging korban. Semua orang sibuk 'mengerjakan' daging lembu. Petang tu makan bihun sup tulang dan nasi minyak dengan kari daging. Alhamdulillah rezeki kami. Malam tu kami terus balik kesini. Tuntutan tugas masing-masing menghadkan masa untuk kami berlama-lama disana. Gambar sekeping pun tak ada snap sebab memang tak ada hati langsung nak bergambar. Mungkin ketiadaan lagi empat orang ahli keluarga bersama kami ketika itu. 

Hari ini sudah tigabelas Dzulhijjah..menurut abah yang telefon dua hari lalu, hari ini mereka akan bergerak kembali ke Mekah dari Arafah. Alhamdulillah mereka sihat-sihat sahaja disana. Cuma kadang-kadang hanya batuk-batuk disebabkan cuaca yang panas di waktu siang dan sejuk di waktu malam.

Oh minggu depan dah start cuti sekolah. Yeayy!


Thursday, October 27, 2011

Little things

Tak terlambat rasanya nak cakap 'Happy Deepavali'! Kata 1 Malaysia kan walaupun bukan kita yang sambut. Semalam cuti deepavali hanya bersantai-santai dirumah. Hari ini sambung bersantai lagi. Masih bercuti :) Bersantai-santai pun banyak juga kerja dirumah ini. Semalam sampai melecet tangan buat kerja..hehe. 


Little things mean a lot! patutnya nak post semalam. Kata semalam rabu kan, wordless wednesday katanya..tapi semalam lupa lak..eh bukan lupa sebenarnya, malas..kahkah. Semalam buka laptop sekejap je sebab nak tengok facebook, bila log in je..bit surprise la sebab ada friend request serta mesej dari seseorang. Dah 12 tahun kot lost contact dengan dia ni. Banyak dah dia berubah..

Setiap perkara yang berlaku dalam diri kita..walaupun kecil, walaupun sekejap, biarpun baik atau buruk, biarpun manis atau pahit..ianya amat 'bermakna'. Bermakna maksudnya ada makna. Allah tidak akan mendatangkan sesuatu perkara itu tanpa sebab. (just random thinking..tak ada kena mengena dengan seseorang seperti di atas tu)

Salam...

Sunday, October 23, 2011

They ask




When you're single, people ask about boyfriend...
When you have a boyfriend or fiancee, they ask about wedding..
When you get married, they ask when will you get pregnant..
When you already have one, they ask when is little brother or sister coming..
When you divorce they ask why?
Then If you move on, they ask why so quickly?


Remember.. People will never stop asking


So just enjoy your life to the fullest!

Tuesday, October 4, 2011

Aku yang kotor

Dulu..
Ketika dilahirkan
Diriku putih bersih
Suci sesuci embun pagi
Tanpa sebarang noda
Tanpa secalit kotoran
Kelahiran aku didunia dirai
Kelahiran aku buat mereka gembira
Aku dijaga dan dibelai

Namun..
Dunia ini banyak cabarannya
Pelbagai onak dan duri aku tempuhi
Walau pernah aku disakiti
Namun aku tetap setia
Kerana ku tahu dia tidak sengaja

Jalan-jalan yang dilalui
Kadangkala lurus
Kadangkala bengkok
Kadangkala rata
Kadangkala berlekuk
Tapi aku tabah
Aku tetap melaluinya
Demi kelangsungan hidup
Demi kebahagian orang yang amat menyayangiku

Tapi..
Debu-debu itu
Kotoran-kotoran itu
Seringkali memalit pada diriku
Tubuh ku yang putih mulus
Yang masih suci
Telah ternoda
Aku sedih
Dia gelisah

Lalu,
Dia yang menyayangi ku itu telah bertindak
Kerana dia tidak mahu diriku terus hidup dengan noda itu lagi
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Dan aku pun dihantar ke Car Wash
Supaya diri aku kembali bersih
Hilang dari noda dan kotoran itu


Keputihan dan kesucian diriku dikembalikan
Aku gembira
Dia bahagia..

Friday, September 30, 2011

30 September

30 September..

Mungkin pada kamu hanyalah sebuah tarikh biasa. Tapi bagi saya ianya adalah luar biasa. Luar biasa yang memang diluar dari biasa.

Alhamdulillah..
Segala puji bagi Mu ya Allah. Engkau yang telah panjangkan umurku sehingga ke saat ini. Engkau kekalkan aku dalam nikmat Islam. Mudah mudahan peluang yang masih engkau berikan ini dapat aku manfaatkan dalam mempertingkankan amalan ibadah kepada Mu.

Terima kasih..
Mak ayah..kerana mereka aku wujud. Kerana mereka aku 'sempurna' 
Kakak abang dan adik adik..kerana mereka hidup ini 'lengkap'
Cikgu-cikgu..kerana mereka aku 'cemerlang'
Kawan-kawan..kerana mereka hidup ini 'berwarna-warni'


Sebagaimana kelahiran telah dilalui dan tak dapat diulang, kematian ada di hadapan kita dan tak dapat diabaikan. Bertambah usia, bererti berkurang jangka hidup di dunia.

“Ajarlah kami menghitung hari-hari kami sedemikian, hingga kami beroleh hati yang bijaksana.”
Mazmur 90:12

Friday, September 23, 2011

What i did today?

Tajuk saja bahasa orang putih atau bab kata majalah Ujang - omputih..tapi entry tetap bahasa ibunda..kahkah

Hari ini 23hb September 2011 bersamaan 25 Syawal 1432h :

: Happy 13rd birthday my adik bongsu! - kamu dah besar sekarang, jadilah anak yang dibanggakan oleh abah, mak, abang-abang dan kakak-kakakmu. Dan yang paling penting jadilah hamba Allah yang sentiasa mentaati-Nya. Tadi dah beli kek, tapi malam ni semua orang macam penat je. Esok jelah kita potong kek tu ye adik. Tu kira kek untuk kita berdua la ye. Alang-alang kakakmu ini punya birthday lagi 7 hari je lagi.

: Selamat berhari raya kembali kepada diri sendiri. Habis juga akhirnya setelah berskip-skip. Alhamdulillah.. hutang pun turut dibayar sekali :)

: Pagi-pagi pergi kerja sibuk dengan sistem baru. Tugas dah siap beberapa hari lalu. Cuma belum sempat masukkan data dalam sistem sahaja. Dan hari ini site kami sudah tersenarai dalam carta. Yeahh! cuma ada lagi ni beberapa data belum sempat nak masukkan. Tunggulah esok lusa..

: Pagi tadi juga kami adakan post mortem untuk fasa tugas yang sudah selesai dilakukan. Everthing ok! good job my friends..Tapi tugas kita masih belum selesai. Esok lusa tulat dan selepas tulat masih ada. Kemudian bolehlah berehat tiga hari dan bersambung kembali..dan tugas lagi dan lagi..

: Petang tadi macam biasa untuk tugas kita esok lusa tulat dan selepas tulat kita perlu keluar mencari sesuatu. 5 jam kita mencari sesuatu itu. Penat tetapi berbaloi! 

: Dan malam ini, sebelum saya menulis disini ini...study sikit untuk persiapan untuk tugas fasa seterusnya. Perghh..kerja memprint screen saja tadi. Semoga tercapai lah matlamat untuk esok lusa tulat dan selepas tulat dan seterusnya ini.

-Ececeh..macam misteri je tugas tu kan padahal tak ada apa pun sangat..

: 1 lagi..petang tadi masuk kedai rm2, belek-belek barang kemudian pelik kenapa semua barang tak ada tanda harga. Nak beli tapi takut-takut sebab tak tahu harga. Kemudian tanya pembantu kedai tu, ni berapa? sambil tunjuk barang, dia jawab rm2. Kemudian tanya lagi, yang ni pula berapa? dia jawab rm2. Kahkah..dah nama kedai pun rm2..semua barang pun rm2 lah!

Ok tu je..nak sambung study..

Wasalam,

Saturday, August 27, 2011

Ketumbit


Tau tak time-time nak raya nilah dia menyerang mata galakku yang comel ni.
Dugaan...Sabar..

Thursday, August 25, 2011

Andai ini ramadhan terakhir kita

Rugi dibiarkan Ramadhan berlalu tanpa amal
Rugi dibiarkan masa berlalu tanpa amal


Kalau malas solat sunat 20 rakaat, boleh solat sunat 8 rakaat
Kalau malas solat sunat, boleh buka dan baca al-Quran
Kalau malas buka al-Quran, boleh baca ayat al-Quran yang telah dihafal
Kalau malas baca al-Quran, boleh istighfar (minta ampun) ucapkan astagfirullah, astagfirullah, astagfirullah
Kalau malas istighfar, boleh zikir, sebut..la ila ha il lallah..la ila ha il lallah..la ila ha il lallah
Kalau malas zikir, tak payah sebut, baca dalam hati..la ila ha il lallah..la ila ha il lallah..la ila ha il lallah
Kalau malas zikir panjang dalam hati..pendekkan sedikit zikir dalam hati..ALLAH..ALLAH..ALLAH


Rugi dibiarkan masa berlalu tanpa amal
Rugi dibiarkan Ramadhan berlalu tanpa amal

sumber sini.

Andailah ini Ramadhan terakhir kita
alangkah rugi dibiarkan 24 hari lalu berlalu begitu sahaja kan

Drama Ramadhan Terakhir episod last malam ni.
10.30pm tepat depan tv!

Monday, August 22, 2011

Besar punya..

Ha hamik kau..sekali dah upload gila besar header. Tapi cun jugaklah hasil ketidakkreatifan diri sendiri. Guna photoscape je pun. Nanti bila-bila rasa dah boring dan kalau rasa diri macam rajin je kita tukar selera lain pula..


* Saje je blurkan gambar tu sebab tak nak 'menyerlah' sangat muka tuan punya blog walaupun agak kepoyoaan disitu
* Memang waktu buat ni waktu tak ada kerja aka keboringan
* 'Cuba melihat melalui mata hati...' ? fikir-fikirlah dan renung-renungkanlah..dalam maksudnya tu