Pages

Showing posts with label kejadian. Show all posts
Showing posts with label kejadian. Show all posts

Tuesday, May 1, 2012

Diari 3 Hari

Selasa 1 mei,
Selamat bercuti kepada buruh-buruh pekerja-pekerja di Malaysia. Untunglah jatuh hari selasa kerana saya akan terus bercuti sehingga khamis. Jumaat kerja. Sabtu ahad isnin cuti semula. Selasa kerja. Rabu khamis cuti semula. I love May very much :p Tapi hari ini hanya duduk diam di rumah. Planning nak pergi Cameron tak jadi sebab malas nak bersesak di sana. Kesihatan pun kurang mengizinkan :(

Isnin 30 april,
Salam Takziah buat family Jasma atas pemergian ayah tercinta. Tengah kerja, Ayu telefon bagitahu ayah Jasma meninggal. Terkedu sangat. Hari sebelum tu baru jumpa arwah dekat kenduri kahwin, arwah main kompang. Nampak sihat. Arwah mati mengejut, tiba-tiba sesak nafas. Kuasa Allah tiada siapa dapat menghalang. Untuk kita yang masih hidup, ambil iktibar..hari ini kita sihat walaufiat, esok lusa belum tentu kita masih seperti ini. Habis kerja, bergegas balik rumah mandi dan pakai jubah, terus ambil Ayu untuk ke rumah Jasma. Ramai sangat orang. Mak jasma, Jasma sendiri, dan adik bongsu dia nampak tabah sangat. Tapi hati mereka, hanya mereka yang tahu. Alfatihah untuk arwah Pak cik Mat.

Ahad 29 april,
Pergi kerja berbaju kurung (biasanya hari sabtu dan ahad pakai seluar) sebab tengahari tu dah janji dengan Ayu nak pergi kenduri kahwin. Pukul 12 lebih dah keluar terus pergi rumah Ayu. Kemudian pergi kenduri kahwin sekali dengan adik ayu, adik ipar dan anak buahnya. Lama juga di rumah kenduri kahwin tu, pangantin lelaki lambat sampai. Pukul 2 baru kami gerak balik. Cuaca panas sangat waktu ni, dalam perjalanan balik tu, tiba-tiba adik Ayu ajak pergi mandi sungai. Saya cakap saya tak boleh ikut, sebab saya kerja. Mereka pujuk-pujuk juga ajak. Saya telefon Ana, saya nak ambil halfday, lagipun saya ada 'hutang' cuti halfday untuk hari khamis lepas. So kami balik rumah, tukar baju, siap-siap. Pukul 3 gerak, kami pergi bandar dulu sebab mereka nak beli barang, kami beli makanan sekali untuk berkelah. Pukul 4 lebih baru sampai kat Lata Lembik tu, orang pun tak ramai sangat dah. Ramai dah nak balik. So kami sangat enjoy mandi tanpa ramai orang walaupun tak puas sebab hari dah petang sangat. 


Ini si budak kecik Rayyan paling happy sangat dapat mandi sungai. 1st time dia mandi-mandi macam ni. Geram sangat tengok dia. Kita dah sejuk-sejuk, dia rileks je.


Ini budak dua orang ini memang happy sebab boleh ambil-ambil gambar :p




Sekian sudah diari 3 hari saya :p

Wasalam,

Tuesday, April 24, 2012

Jalur Gemilang

Kejadian berlaku di sebuah gerai nasi lemak sedap 50sen.
Kuih-kuih seringgit 4 biji.
Waktu kejadian di pagi yang hening.
Sebelum pergi kerja singgah cari kuih.

Tiba-tiba ada seseorang tegur

Orang tu : "Eh kerja kat jalur gemilang kan"
Aku : diam (sebab tak faham lagi apa dia cakap)
Orang tu : "Patutnya kat kereta pun kena letak bendera, barulah sesuai kerja kat jalur gemilang"
Aku : "Eh... (terdiam jap) Jalur lebar la! bukan jalur gemilang bendera tu.
Orang tu : Ha... (sambil tahan malu dan gelak)
Aku : Masuk kereta terus gelak..haha




Ini Jalur Gemilang




Ini Jalur Lebar


Sunday, November 27, 2011

Kenduri marathon

Baru lepas tengok bola. Malaysia tewas kepada Bahrain 3-2. Oh sedih jugalah sebab permulaannya Malaysia mendahului dengan 2-0. Tapi adatlah bermain, ada menang ada kalah. Syabas pasukan Malaysia! anda dah buat yang terbaik sebenarnya.

Cuti sempena Maal Hijrah hari ini, banyak orang buat kenduri kahwin. Lalu sini..jalan tutup, lalu sana..jalan tutup. Rumah-rumah orang di Felda ni dah besar-besar, tak ada ruang dah kawasan di rumah nak bina khemah, terpaksalah jalanraya digunakan untuk tempat tetamu nak makan. Nasiblah jalan banyak kan..

Musim hujan-hujan ni, bagus juga banyak kenduri. Boleh kenyangkan perut dengan suka hati :p Tiga buah kenduri dalam masa tiga jam berjaya dilakukan tadi. Alhamdulillah sangat kenyang.


Merahnya makngah! Sedang menulis ucapan kepada pengantin.

Mula-mula janji dengan rakan-rakan sebaya pergi rumah pertama pada jam 12.30tgh -makan, borak-borak, tengok pengantin , ambil gambar- Itu jelah aktiviti pun kalau datang kenduri orang kawin kan.


Eh tiba-tiba tak faham kenapa ada elemen kebluran disitu. Padahal meriah dan cantik kot meja pengantin tu. Terima jelah..malas nak edit balik :p Apapun, tahniah dan selamat pengantin baru buat Fidah dan Nazri!

Kemudian hampir pukul dua rombongan kami [ceh ayat..haha] ke rumah pengantin kedua. Pengantin lelaki ni classmate kami dulu. Kahwin dah kamu ye Mahfuz. Rumah dia ni makan sikit je sebab rumah pertama tadi makan banyak la juga.


Semoga kekal bahagia buat Mahfuz dan isteri. Agak-agak kamu dah kahwin ni, ada lagi tak ceramah-ceramah yang akan kamu bagi pada kami..hehe. Sampai pukul berapa entah lepak rumah dia ni, hampir pukul tiga gak kot, tetamu semua dah tak ada. Kami je yang tinggal, biasalah kawan-kawan jarang jumpa borak-borak je lebih.

Seterusnya menuju pula kami ke rumah orang bertunang, memang plan nak pergi rumah kawan tunang tu lewat-lewat sikit. Bertunang je pun kan. Biar orang selesai majlis dulu. Memang pun, kami sampai rumah Azma, keluarga belah lelaki baru je pulang, acara baru je selesai. Masuk je rumah dia, ajak Azma bergambar. Macam wajib je kan ambil gambar pengantin ataupun petunang ni.


Cantik kamu Azma. Digandingkan pula cik merah menyala itu. Lagi tambah berseri-seri kan [eh eh] . Tapi kenapa kamu tidak mahu melihat kemera saya? dan kenapa saya buat muka sedih disitu? [abaikan]

Soalan cepumas yang orang akan tanya bila menghadiri kenduri orang kahwin. Kamu bila lagi? Penat tau saya nak jawab soalan-soalan seperti ini. :p



Dan sebagai penutup karangan.. 


Kahkah..tak tau kenapa nak gelak tengah gambar ni.


Wasalam dan Selamat malam,

Friday, November 18, 2011

Cerita budak sekolah

Semalam pergi sekolah adik untuk ambil duit rm100 untuk setiap pelajar tu. Almaklumlah sejak sebulan menjadi penjaga kepada dua orang adik ni, so kenalah laksanakan tanggungjawab yang satu ni, ambil duit bantuan tu. Tak susah pun, sampai sekolah tu, tunjuk ic sign borang cikgu terus bagi rm200 sebab dua orang. Orang pun tak ramai sebab saya datang pun dah 12.30 tengahari.

Agak-agak berapa juta kerajaan peruntukan duit bantuan ni kan. Syukur Alhamdulillah rezeki budak-budak sekolah.

Eh sebenrnya sebelum pergi sekolah menengah tu, saya pergi sekolah tabika. Ada penyampaian sijil untuk budak-budak tabika. He..sebenarnya cikgu sekolah tu minta tolong jadi juri untuk pertandingan pakaian beragam. Masa mula-mula cikgu tu tanya minta tolong empat hari sebelum hari kejadian, saya pun macam.. 'oh okay senang je tu'. Kira tak membantahlah.

Tapi...semalam bila tengok budak-budak yang pakaian mereka memang pelbagai ragam dan gaya..Ya Allah boleh ke ni? Takutnya kalau tak berlaku adil. Tapi dengan kekentalan yang jitu, tanggungjawab berkenaan selesai juga dilaksanakan. Harap adil dan saksama lah semalam. Hee. Eh tapi juri dua orang. Memang tak ada kata pilih kasih ke syok sendiri ke apa kan.


Ini dia ragam pakaian mereka. Antara pemenang yang berjaya menambat hati juri. Yang pakai baju taekwando tu siap bersilat atas stage. Bersilat ok bukan bertaekwando!

Tiba-tiba masa penyampaian hadiah MC panggil nama saya ambil hadiah. Eh ada hadiah cenderahati untuk juri. Ingatkan tolong je..rupanya ada cenderahati...


Besar juga okay cenderahti ni.. Terima kasih cikgu!

Saturday, October 15, 2011

Keberangkatan mereka

Alhamdulillah...mereka sudah selamat berlepas ke Kota Suci Mekah. Semalam seawal 7.30 pagi kami bertolak dari rumah. Ramai jiran-jiran bertandang ke rumah semalam menyaksikan keberangkatan mereka. Sampai di Kompleks Tabung Haji Kelana Jaya kira-kira jam 10 pagi lebih. Itupun sebab tak jumpa jalan, biasalah bila orang Pahang masuk KL kan. Lepak-lepak dan makan-makan disitu, pukul 12 tengah hari mereka dah check in masuk.




Bergambar dulu sebelum mereka check in. Kemudian salam-salam. Ok agak sedih dan sebak ketika ini..

Bismillah..

Ya Allah, lindungilah mereka, peliharalah kesihatan mereka, semoga mereka dapat beribadat dengan sempurna disana

Amin Ya rabbal Al amin..

Monday, August 29, 2011

Di malam raya

Alhamdulillah..

Baru sahaja Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja iaitu Datuk Syed Danial Syed Ahmad umumkan bahawa tarikh hari raya adalah esok hari! bersamaan 30hb Ogos 2011- bermula tahun ini, Datuk inilah yang akan umumkan tarikh puasa dan raya - sebelum ini yang kita dengar dari kecil ialah Tan Sri Ibrahim Engku Ngah -yang telah bersara pada Januari 2011.

gambar dari google
Bunga api dan mercun memekik pekik di sekitar kawasan. Rasa meriah sangat tapi kadang kadang rasa bingit juga. Persediaan semua dan lengkap kot. Baju raya sedang dikeringkan dibawah kipas nun haa..tak sempat kering siang tadi. Mana taknya petang baru terima dan nak basuh, hari pula mendung. Kuih raya banyak dah..malam ni along cuma buat kek. Siang tadi buat lagi dua jenis biskut - almond london dan cornflakes coklat, semalam buat biskut crunchy nestum dan mazola (rasa malas pula nak buat entry khas). Siputih dan dimandikan sendiri petang tadi, berkilat dan wangi sudah siputih itu. Juadah pagi esok selain kuih kuih raya adalah nasi impit bersama kuah kacang dan rendang. Lemang? tak buat la. Kalau tak sebelum ini setiap kali hari raya samaada aidiladha atau aidilfitri abah mesti buat lemang. Tapi sejak tahun lepas abah dah tak buat sebab abah ada tanggungjawab yang lebih penting perlu dibuat setiap kali bulan puasa. Dah tak sempat nak buat lemang. 

Esok di hari raya pertama kami sekeluarga akan berbaju biru. Setiap tahun beginilah kami, baju mesti seragam. Insyaallah dalam tengah hari kami akan bertolak pulang ke kampung mak dan abah di temerloh. Disana pastinya lagi meriah. 

Oh rasanya saya perlu kedapur membuat apa-apa yang patut.

Salam Aidilfitri 1432h,

Sunday, August 28, 2011

2 hari sebelum raya

Dah cuti raya sejak semalam
Mula bekerja kembali  pada ahad minggu depan
Jangan ditanya kenapa mula kerja hari ahad

Sekarang ada orang tengah potong rumput dihalaman rumah
Oh segarnya bau rumput tanah!

Baju raya saya belum siap
Semalam dah pergi nak ambil
Tapi rupanya belum habis dijahit
Kecewa..
Semoga boleh siap sebelum raya
Nanti tak boleh nak bergaya

Biskut raya dah buat 3 jenis
Hari ini sekejap lagi cadang nak buat lagi
Harap menjadi
Kerepek kerepek dan kacang kacang pun dah beli
Jemputlah kerumah untuk menikmati

Tujuh orang adik beradik dah kembali
Cuma seorang tak dapat cuti
Jadi tidak lengkaplah raya nanti

Oh raya raya juga
Puasa cuma tinggal hari ini dan esok
Terawih pun cuma malam ini sahaja
Ini mengikut kelendar la

Jangan biarkan 2 hari ini berlalu sia-sia
Walau sibuk buat persiapan raya
Amal ibadat wajib diutama
Entahkan bertemu lagi kita
Di ramadhan akan datang

Akhir kata dari saya

Selamat hari raya
Berhati hati dijalan raya
Mari berkumpul dibalai raya
Sama samalah siram pokok bunga raya
Saya nak kerja di Jabatan Kerja Raya

Sekian pantun yang tak macam pantun
dan sajak pun tak macam sajak dari saya..

:)


Thursday, August 25, 2011

Duit raya oh duit raya

Awal-awal memang dah bajet duit raya untuk budak-budak. Kalau balik temerloh saja sepupu-sepupu ada kot dalam 30 orang. Semua kecik kecik sekolah lagi. So sebagai sepupu yang telah bekerja contoh yang baik haruslah ditunjukkan dengan memberi mereka duit-duit raya. Kahkah..

So semalam pergilah bank nak tukar duit. Sebelum peristiwa itu berlaku..sobsob.. 
Mula-mula pergi bank A sebab nak keluarkan duit sekali.. 
saya -kak nak tukar duit
akak kuanter -habislah..syiling adalah
Nak menangis rasanya bila akak tu cakap macam tu..bukan sebab duit tukar habis, sebab akak tu boleh pula offer duit syiling. Hah kau! Cuba bagitahu..budak-budak mana yang pandang duit syiling!

Kemudian pergi lah ke bank B, berjalan jauh juga dari bank A tu.
encik kuanter -tinggal duit kertas yang dah guna je.
saya -tak apalah,terima kasih (dalam hati -duit dah guna kat pjk pun banyak. Tak nak sebab buruk. Nak bagi duit raya mestilah yang belum ternoda dan ada bau duit lagi)

Dan pencarian diteruskan di bank C
saya -nak tukar duit ada?
kuanter -nah

Alhamdulillah setel!

Tapi yang peliknya banyak-banyak bank saya pergi tu satu bank pun tak ada bagi sampul duit. Tak kan nak kena beli. Nak yang free! bank C pun tak bagi, saya tukar duit BANYAK lak tu...

Memanglah banyak..banyak keping sebab duit seringgit!
 

Nak ambil sekeping untuk kamu!

Wednesday, August 24, 2011

Malang tak berbau

Malang tak berbau..
begitulah kata mereka-mereka
ye..memang betul..
kalau saya dapat menghidu malang itu tak adalah perkara tadi berlaku

Sedih? kecewa? kesal? bengang? semua adalah...
TAPI dah tak ada gunanya pun
semua dah berlaku
redha..pasrah sajalah

Dalam kita cuba berhati-hati
dalam kita cuba mengelak
dalam kita sangat-sangat berwaspada
tapi kalau dah nak terjadi
kita buat apapun tetap akan terjadi
sekali lagi..redha..pasrah sajalah

Tapi bukan kita harus redha dan pasrah sahaja
dalam redha dan pasrah itu perlu diingat
setiap yang berlaku ada hikmah dan pengajarannya
perlu memikirkannya apakah hikmah dan pengajaran itu
jika tidak berlaku tadi mungkin esok lusa berlaku juga

Apapun saya tetap bersyukur sangat-sangat
dugaan tadi hanyalah sedikit cuma
kecil je berbanding orang lain yang 'kena' lagi dahsyat
bak kata abah, bila saya sampai rumah dan ceritakan kepadanya tadi...
"tak apalah, sikit je. Lepas ni kena lebih berhati-hati"
sejuk sikit hati dengar abah cakap macam tu



Saya langgar kereta orang tadi!
melayang rm150.00 ganti balik lampu kereta waja yang pecah tu
siputih pun habis kekemekan..kesian siputih itu
nak ketuk-ketuk ramadhan RM lagi !

Sabar sajalah! dah memang salah sendiri pun!

Tuesday, August 23, 2011

Jalan yang gelap gelita

Semalam petang hujan lebat, kena ambil adik yang naik bas dari Kuantan sampai bandar Raub pukul 7pm, mana ada bas lagi nak balik rumah. Ingat nak pergi berdua je dengan adik lelaki, last-last semua ikut buka puasa sekali kat luar. Penuh kereta lima orang tambah satu waktu balik. Bagi pada orang yang dah biasa memang ok, no hal punya. Tapi bagi orang macam saya yang baru sebulan dapat kereta? Sejak dapat lesen bertahun dulu tak pernah bawa kereta.. memang agak mencabar lah. Dari rumah ke bandar Raub jaraknya dalam setengah jam perjalanan. Dengan jalan yang tak berapa stabilnya. 

Lepas berbuka dan sembahyang maghrib di bandar Raub, perjalanan nak balik lah agak kelaka-kelaka seram. Boleh pula sepanjang jalan nak balik gelap gelita sebab blackout, dengan hujan yang tak berhenti-henti, dan jalan banyak air bertakung. Kalau saya seorang semalam memang tak lah kan. Nasib baik ramai meneman. Kilometer kereta memang paling tinggi pun 80 je. Biar lambat asal selamat kata mereka. Akhirnya setelah 1 jam sampai juga rumah dengan selamat..kahkah..

Berbuka puasa semalam - tomyam campur, kailan ikan masin, sotong goreng kunyit, daging masak merah, telur dadar, nasi putih, air bandung, teh o - kali pertama kami berbuka puasa bersama diluar - Alhamdulillah berbaloi rm76.50 saya.

Sekian kisah kami semalam... :)