Pages

Monday, July 22, 2013

Ramadhan dan Kurma

Salam 13 Ramadhan 1434 hijrah.

Eh dah 13 hari? cepatnya masa berlalu.

Ramadhan kali ni rasanya agak berbeza dari tahun-tahun sebelum ini. Bukanlah nak kata amalan kali ini lebih baik (masih terus dan akan terus mencuba), tapi biarlah ianya menjadi rahsia manis antara aku dan Dia.

Tapi hati sedikit sayu, kerana ramadhan kali ini ramai orang-orang terdekat yang menyambutnya dengan ketiadaan orang-orang yang mereka kasih buat pertama kalinya. Sesukar mana pun kita melihat, sukar lagi mereka yang menghadapinya. Aku tahu itu. Dan dalam 13 hari bulan yang mulia ini juga, 3 jemputan mengejut dari Allah yang perlu di hadapi dengan Redha. 10 ramadhan, kawan kehilangan adiknya. 11 ramadhan, kawan kehilangan anaknya yang masih kecil, dan semalam 12 ramadhan, kawan kehilangan ibunya. Al-Fatihah. Tabahlah! dan ini semua merupakan peringatan buat kita agar kita lebih mendekatkan diri dengan-Nya. Peringatan buat kita juga agar kita lebih memahami bahawa kita semua  ini adalah milik-Nya.

Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (sahaja) mengatakan: “Kami telah beriman”, sedang mereka tidak diuji lagi? (Al-Ankabuut : 2)

Catatan ramadhan kali ini, Alhamdulillah Along dah dapat bertukar mengajar di sini setelah hampir 5 tahun mengajar di pedalaman Sarawak. Kak Teh yang kerja di Jeddah juga balik untuk berpuasa dan beraya di sini. Yeay.

Cerita pasal kurma,

Aku sebenarnya bukanlah penggemar tegar kurma. Tetapi sering paksa diri untuk makan. Jadi untuk berbuka dengan bersahur tu memang wajib la makan kurma kan walaupun hanya sebiji tiap kali. Setakat ni kurma yang aku boleh makan dengan baik ialah kurma Ajwa. Masa mak pergi umrah baru ni, mak ada beli kurma Ajwa ni tapi tak banyak sebab kurma ni agak mahal. Aku makan kurma tu je la. Kak Teh balik ni pun dia ada bawa banyak la juga kurma Ajwa ni. Memang aku tak de kompromi la untuk makan kurma kali ini. Boleh jadi berbiji-biji tiap kali makan. Kalau tak silap yang kak teh beli ni harga 80-90 riyal sekilo. Kalau kat sini tak pasti la plak sebab tak pernah beli, tapi ni baru je google, rm115 sekilo!

Gambar dari google
Kurma Ajwa atau juga dikenali kurma Nabi atau kurma Rasulullah. Sebab, ianya ditanam sendiri oleh Nabi Muhammad SAW berhampiran Masjid Quba, Madinah dulu. Sekarang ni hanya ada sekitar ratusan pokok kurma Ajwa di Madinah sebab tula harganya agak mahal. Kurma Ajwa dianggap sebagai yang terbaik di dunia kerana kurma berkenaan mempunyai berbagai khasiat dan ia merupakan kegemaran Nabi Muhammad Sallallahu A’laihi Wasallam.

“Apabila setiap kamu berbuka puasa, maka hendaklah kamu berbuka puasa dengan kurma kerana sesungguhnya padanya (kurma itu) ada keberkatan. Jika sekiranya ianya (kurma) tidak didapati, maka berbukalah dengan air kerana sesungguhnya padanya (air tersebut) itu bersih.”  (Riwayat imam Ahmad, Tarmizi dan Abu Daud)



Saturday, June 22, 2013

Masih diberi harapan

Balik rumah semalam, masuk je rumah nampak ada surat untukku atas meja 'Urusan Kerajaan - Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia' lantas langsung tak ada hati nak pegang apatah lagi buka. Malam tu abah bagitau ada surat, kenapa tak buka katanya? Aku jawap 'ermm..tahu dah jawapannya, gagal exam haritu, dah baca kat emel'

Sebelum tidur malam tadi, tiba-tiba teringat tentang surat tu. 'Eh mana tahu dalam emel dia bagitau gagal. dalam surat tu tiba-tiba tulis lulus!' Boleh pula terfikir macam tu kan. Berbunyi seperti masih berharap disitu..

Kemudian pergila ambil surat tu. Buka je terus cari perkataan GAGAL. Eh tak ada pun.. rupa-rupanya..

Hotal???

Tengok..masih diberi harapan dan peluang lagi. Syukurlah, walaupun dah beberapa kali exam-gagal, exam-gagal, manalah tahu kali ini exam-lulus. Aminnn..

Selalu SPA bagi sms dulu, kemudian dapat emel, last baru dapat surat. Ni terus dapat surat. Apapun terima kasih la kerana sudi memilih namaku lagi.


Friday, June 21, 2013

Kegagalan bermakna bahawa anda belum berjaya lagi

Pagi-pagi buka emel, dan terima berita tentang kegagalan.




















Sedih? ye..memang sedih! tapi tak sedih sangat kot sebab sebenarnya belum bersedia nak bertukar kerja walaupun nak sangat kerja tu. 

Kerja sekarang memang selesa. Tapi selesa sangat sebenarnya tak best juga. Tak challenging. Eh macam la kau suka sangat pada cabaran kan..he. Cuma fikir, kalau kerja lain, mesti jauh. Mesti nak kena sewa rumah, duit! Mesti nak kena beli tv, tilam, dapur, peti sejuk, duit lagi! Boleh nak jimat..sewa ramai-ramai. Tapi sorry..dah serik!

Pendek kata, tiap yang berlaku ada hikmahnya. Aku tak gagal, cuma belum berjaya.

Terjumpa kata-kata ini..

"Sekiranya anda mahu mengambil seorang pekerja, pastikan dia pernah gagal sebelumnya"